Skip to main content

Posts

Lynn dah kahwin!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Salah seorang sahabat baik pada zaman sekolah dahulu dan hingga sekarang masih rapat. Tahniah Lynn. Memang jodoh dengan Hafiz. Hehe. Moga Allah berkati ikatan suci ini. Amin. *tuan belog bila lagi? Haa. Sama-sama la kita tunggu ya. Salam. Tudung : amna satin square by Garlichi Hijab Blouse : seri fishtail by Sincerely By Us

dengan izinNya

dapat kek!

Salam semua. abah dan faiz belikan kek aiskrim dan ama pula  baru nak tengok resepi nak buat kek tadi... semua tak wish pada siang hari. bila dah malam,  baru berebut nak wish. sweet betul family diri sendiri ni. hari ni pun duk asyik bukak google. sebab cute sangat gambar kek-kek ni.  terima kasih la pak cik google bagi kek-kek ni semua. haha.

saya yang 24 tahun

salam semua. saya yang 24 tahun. Tapi, gambar ni semasa saya 22 tahun. haha. kan nampak muda tu. nak upload gambar umur 24 tahun, tiada pula dalam lappy ni. semua ada dalam insta. eheh. bajet kot ada insta bagai kan. tujuan letak gambar ni, sebab yang pertama, dalam gambar ni ada seribu kenangan yang banyak mengajar saya ke arah alam yang lebih realiti. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui kenapa saya bercakap sedemikian. banyak benda yang saya kena lalui sehingga saya berumur 24 tahun ni. aiseh. asyik cakap pasal umur aje. previous entry pun cakap pasal umur 24 tahun. entry yang ni pun cakap isu yang sama. kenapa? kenapa dengan umur 24 tahun tu? haha. tak tahu lah. terasa nombor itu sangat berat rasanya nak tanggung sebab diri ini tidak sempurna lagi, tidak capai lagi target kehidupan saya sebenarnya. hurm. tapi... ting! tetiba dapat semangat baru! eceh, pulak dah. iya. saya akan lebih semangat sebab bermula dari umur 24 tahun ini, saya sudah mula bermula berniaga!...

berpuasa 1434h

Assalamualaikum wbt semua.  terima kasih Allah. bagi peluang diri ini bertemu dengan bulan yang paling ditunggu oleh semua makhluk ciptaan Allah; ramadan. seminggu ramadan dah berlalu. dah hampir tiga hari berbuka puasa dengan air rahmat yang mencurah-curah turun dari nun sana. moga mendapat keberkatan dariNya. amiin. terima kasih Allah juga sebab bagi peluang diri ini berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama keluarga yang saya sayang. nikmat manakah yang kau dustakan? walaupun terasa banyak dugaan dan ujian dariNya, tapi rasa diri ini sayangi oleh Mu Ya Allah. iya. ramadan 1434h terlalu banyak dugaan. adakah mungkin kerana umurku sudah bertambah angkanya dari 23 kepada 24? huhu. mungkin iya. dari dulu bertadika, bersekolah, beruniversiti, sekarang sudah mula bekerja sendiri. terima kasih Allah, kerana telah mengatur langkah kaki ini untuk menuju ke jalan yang lurus. inshaAllah. sekian dahulu. jumpa lagi. 

jatuh cinta sudah

berkenalan mula-mula di midvally. ada la dua kali kot berjumpa. then, jumpa kat klcc pulak baru-baru ni. aha. terus berkenalan dan terus jatuh cinta! cinta kepada dia; sebab saya selesa berkawan dengannya. wangi baunya. dia sangat wangi. ada rezeki nak jumpa pulak dengan kawan-kawannya yang lain. mana tahu ada lagi yang lebih serasi dan dapat memikat hati ni kan. (i love jelly bunny!) haha. kantoi.

bunga ungu

pagi tadi teman ecah pergi petik bunga di tepi pantai yang cantik sangat pasirnya. putih melepak. bunga ungu memandangkan kami pergi hanyalah berdua, maka gambar diri sendiri tiada la. nak buat macam mana. tak kan nak suruh ecah pegang si d90. aduhai. berat seorang kanak-kanak yang berusia tak sampai 4 tahun ni nak pegang benda alah tu. huhu. suka tengok pokok bunga ni. melingkar. macam bunga lavender bentuk bunga ni. ecah. jom balik. dia tak nak balik. nak main-main lagi. jam dah hampir pukul 11pagi. matahari dah mula terpacak. terpaksa la dukung dia sampai ke resort. ecah, ecah.

jaga anak murid

 untuk kali kedua. pergi ke kem upsr. kali ni, jauh sikit dari rumah. nasib baik bos baik. bagi cuti. yeay! terus terang saya nak bagitahu. saya suka budak ni.  nama dia alif. umur dia baru 9 tahun dan juga handsome. heeee! tengah tunggu "juruletih" datang untuk meletihkan mereka ni. yeah! with "intans" again. bershooting lagi nampaknya.  terima kasih sebab sudi jemput saya ke kem ni. kem upsr kali ni ohsem!  sebab dapat buat permintaan guest service di malam hari. hehe. 

July 2013

Hari ni, hari melaporkan diri di pejabat anggerik impian dengan secara rasmi. Siap ada bawa surat tawaran bekerja sebagai eksekutif pelatih di hotel ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah Maha Luas. Terasa nikmat bekerja di sini. Mencabar. Sebab semua department kena handle. Tiada masa nak bergambar bagai. Yelah. First day masuk office mini tu. Balik rumah tadi pun lambat. Haha. Pekerja baru la katakan. By the way, saya happy kerja di sini. moga Allah redha.

with "intans"

  lamanya dah tak buat photo potrait diri sendiri.  suka pakai tudung ni.  square paisley hijab dari sincerelybyus.                     kak zura macam biasa la tudung d'haja. kak ata standard pakai fareeda. yeay! dapat juga keluar dengan kak zura. alhamdulillah, kak zura dah bertambah sihat. seronok dapat keluar dengan kak zura. iye, tak lupa juga kepada kakak sendiri; kak ata. kami shoot di lagoon kuala ibai. makan di hazlan bistro. dan beli dorayaki (owner kawan kak zura) di lagoon. miggu depan ada program dengan intans. so, tunggu ya. banyak lagi la kena buat photoshoot. weeehhuuu! malam ni ada match bola sepak la. sorry to say. saya dah tawar hati dengan bola-bola ni. sekian.

konvo ramai-ramai

 konvo beramai-ramai. tiga orang sekaligus. terima Allah. kak ata, abah, ama. berjaya jugak abah dan ama konvo di IQT. ama dah 4 kali konvo.  yang berdiri tengah tu, baru merangkak belajar nak konvo. insyaAllah, konvo jugak nanti.  kak ata la yang suka sangat konvo. semua konvo dalam hidup dia saya pergi. kecuali konvo kpli kat melaka. yang lain semua pergi. pergi dengan membeli bunga. huhu. tahniah kak ata, ama dan abah.

present final report

syukur ya Allah. terima kasih Allah bagi peluang present final report untuk training baru-baru ni. segala penat lelah bertraining selama 5 bulan akhirnya berbuah hasil pabila case study diterima oleh lecturer merangkap sebagai supervisor saya di usim. kebetulan pula, en.mahdir baru balik dari umrah, alhamdulillah. rezeki beliau ke sana pada tahun ni. saya doakan saya juga ke sana lagi. amiin. bergambar juga selepas present. siapa la tak kenal denga tuan belog ni. setiap detik nak bergambar. kualiti gambar tak ok mana la sebab guna handphone pisang. lagipun, bilik meeting tu gelap. tapi, tetap mahu bergambar. alah. seperti biasa la kan. sempat jumpa kawan-kawan. this is my biey! orange nya dia. ini ecah!! wah. rindunya kat ecah. 5 bulan dah tak jumpa tau.  bella dan masitah tak sempat nak jumpa. jumpa konvo nanti ok. insyaAllah. sebelum present tu, jalan-jalan sakan dulu dengan pengantin baru. alhamdulillah. dapat makan di sini. biasa sahaja rasanya. pen...

hari terakhir sebagai trainee resort

ini dia fridge magnet buatan sendiri. asalnya nak jual kat resort, tapi tak jadi. so, just bagi aje free kat finance department. buat hiasan office. haha. sedih pulak tinggal fridge magnet ni. huhukk.  hahaha...ular kesayangan big boss saya. suka sangat dia dengan ular plastik ni. mug kegemaran saya dalam office. mioowwww!  kerja harian semasa training. hanphone pisang, pasang radio era. dengar lagu sama aje. lagu feveret kami dengar, misha omar. haha. semangat sangatlah misha nyanyi! dalam kenangan. sempat juga saya deco bilik supervisor; kak yana. chef irwan suka sangat tengok hiasan warna-warni tu. hehe. dia cakap nak ikut corak tu nak lukis atas kek. kreatif sangat chef sorang ni. saya juga turut mengambil gambar menu untuk buffet ramadan yang tak lama lagi. weee!  first time ambil gambar secara pro. pro ke ni? lantak la. kak yana sebagai supervisor. ohsem! dia sangat baik dengan saya.  banyak ilmu yang kak yana share dengan ...

hari ke-2 terakhir sebagai trainee resort

ehem, ehem, ehem. kerja oiii...kerja oiii...  tadi duk kat meja lain, ni duk meja lain pulak. haha. kantoi.  sebenarnya, meja ni la meja untuk trainee. haha. tadi berlagak aje duk kat meja staff.  sebelah saya tu, aj. kami memang rapat. ada aje gosip nak cerita. haha. rindu nya kat ainun! antara bil-bil yang tiap-taip hari kena hadap. alhamdulillah.  dapat juga merasa makanan yang best-best kat resort.  thank you siapa yang belanja. chef la kot yang banyak belanja makan. huhu. melawat di front office. mereka sangat friendly. miss both of u; kak nana & kak tasha. dah habis waktu pejabat, jenjalan pulak di resort. makan angin untuk kali terakhir.  resort yang sangat heritage. hehe. dinding kayu jati. luas bebenor kawasan resort. tak sedar, jalan kaki dah jauh masuk ke dalam resort. Royal Suites Terengganu.  bilik yang paling mahal sekali. RM6,000 ke atas harganya untuk satu malam. ada juga...