Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Disini bermula jk1m #4

Alhamdulillah. Allah bagi rezeki untuk bernafas dan sihat. Allah dengar segala doa-doaku dan rintihanku mungkin semasa aku berbaring di atas katil pada minggu lepas. Teramat sangat perit. Sakit. Pedih. Terkurung. Aku dipilih oleh Allah untuk merasai positif denggi. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui peritnya demam denggi. Badan yang dulunya sihat,segar bugar dalam menjalani kehidupan dan akhirnya,Allah menarik balik nikmat itu dengan memberikan rasa sakit. Tepat tarikh jom kurus 1malaysia (jk1m #4), aku disyaki positif denggi. bertalu -talu coach wasap untuk ikuti latihan senaman. Dah tak dapat nak sertai,kerana diri ini dah terlantar di ward. Dengan azam yang baru, lepas keluar ward, alhamdulillah Allah bagi lagi sekali lagi nikmat sihat. Nikmat yang amat aku hargai. Nikmat ini akan aku gunakan sepenuhnya! Allah.... Dan pada 29Januari 2015, aku berjaya juga pergi training senaman jk1m!  Alhamdulillah. Kawan serumah bagi support! ama pun bagi support. Walaupun badan ra...