Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

hari sabtu dan ahad

hari sabtu: malam tadi. ada orang nak teman saya. teman guna hand phone. boleh ke? kesian pulak. baik benor dia nak teman saya. jangan risau. saya akan cuba jadi berani dan gagah. gagah? ah. whatever lah. bangun, bangun pagi tadi sarapan ringan. telur separuh masak. milo 3 in 1 yang mahal dan juga giant potato bun yang lembut dikunyah. lebih kurang pukul 8 lebih, dah samp ai kat dewan kuliah pusat. nak mention kat sini adalah, hari ini hari sabtu. buat apa p ulak lah pergi dewan kuliah yang besar tu? hoho. demi mengulangi sejarah dulu. sejarah peperiksaan yang tak ada peningkatan. huhu. janganlah cakap macam tu. cakap lah tak ada rezeki lagi untuk capai target peperiksaa n tersebut. oklah. sangat alhamdulillah. pihak penganjur untuk program workshop pagi tadi sangat bagus dan teratur. penceramah jemputan pula, sangat lah hebat. sabar saja dia bagi ceramah. dan juga saya ada teman tadi. ecah dan mas. best gil a lepak kat bawah pokok kecil masa lunch tadi. mr.d90 tak bawak lah. kalau ba...

ขอขอบคุณคุณ !

fridge magnet yang kedua terbesar di peti ais kat rumah sewa. tak sangka cicut bagi fridge magnet ni. by the way, ขอขอบคุณคุณ cicut ! nanti kita outing sama-sama lagi okeh.

terima kasih

nikmat dapat dikecapi pabila doa kita diperkenankan olehNya. iya. betul. doa itu adalah satu keramat. satu senjata. satu rahmat. dan juga niat yang ikhlas merupakan titik permulaan untuk berjaya di dunia dan di akhirat. tahun 2011 banyak kenangan manis dan pahit. manis itu sangat indah untuk diingati. pahit itu amat perit untuk dihadapi. akan tetapi, Allah Maha Menolong bukan?.. semoga tahun 2012 dan tahun seterusnya Allah memberkati kita semua. insyaAllah. alhamdulillah ya Allah. terima kasih ama, abah, ahli keluarga dan paling istimewa buat kak ejie. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. semoga keputusan peperiksaan ini akan kekal dan akan meningkat lagi.. doakanku menjadi insan yang solehah dan insan yang berguna.. amiin ya Rabb..

dato' siti nurhaliza

dapat juga jumpa dengan siti nurhaliza akhirnya! comel dan bersih kulit mukanya. senyum memanjang. jumpa kat taman tamadun islam baru-baru ni. ingatkan tak sempat dah jumpa dengan siti. tiba-tiba terjumpa pulak. haha. aduyai macam dalam mimpi je.

tebu abah

abah. nak makan tebu. tak lama kemudian, haaa... amek. makan. gigit lah sampai kenyang, abah cakap.tengah terkial-kial gigit, anak pulak merengek. nak makan jugak. tapi bukan dia nak makan. dia cakap, nak minum air tebu. berebut-rebut tarik batang tebu yang abah bagi tadi. sebagai mak saudara yang mithali, terus lah aku mengalah. nah, amek. sejurus kemudian, terus dia main batang tebu tu kat atas tanah. aduhh. budak bertuah lah haziq ni. habis lah tebu tu. dari yang bersih dan manis, terus jadi kotor dek kerana anak bertuah ni buat main-main pulak batang tebu tu. dengan pantas mulut aku ni cakap, "haziq! pergi cuci tebu tu. cuci sampai bersih. lepas cuci, mari sini cepat." terkedek-kedek dia berlari ke arah aku. haha. kesian pulak tengok. lepas tu, paksa dia jadi model tebu dalam keadaan terpaksa dan panas terik matahari petang tadi memancar ke arah mukanya. kesian, kesian. petang tadi, teman abah kemas stor kat belakang rumah. kak ata macam biasa lah. bersantai dengan damia...

yummy

dok seke pulok kat ganu ni ade jugok kueh ni. waahhhhh! muroh ah harge sebutir macarons ni. rm2.20. kalu kat KL, emm.. lebih kurang rm4 ke atas hargenye. jupe macarons ni kat giant je baru-baru ni. kat tingkak atah. kecik je booth jual macarons nih. nasib baek perasang ade jual macarons nih. hehe. doh, yang tuang belog ni cakak ganu tibe-tibe ni, bakpe pulok? haha. sebak wase tekanang ekpung malang tadi tengok bola. kaloh molek. aduyaii. abih te sokong malang tadi. aboh pulok sokong kelatang. ama, kak ata, tuang belog sokong ganu la. mogenye asal ganu kang. jadi sokong lah ganu. aboh ngang haziq tetak sokong kelatang. haha. aboh dengang banggenye malang tadi cakak ganu dok panda maing la. ganu dok rok la. alah. acilah kelatang ada apek. apek memang lah terer. tengok muke ah. hengsem kang. haha. gitulah orang puang ni. bile tengok bola. bukang tengok orang tu panda ke dok maing bola. tapi,tengok hengsem ke dok. hehe. laaa.. cakak hal bola pulok doh ambe ni. jom pakak tengok gambor kat b...

nawrah firdaus

اللهم صلي على محمد

Babu Salam, Masjid Nabawi, 1 jun 2011, 29 Jamadilakhir 1432h Berdebar. takut. kagum. gembira. bersyukur. semua perasaan bercampur gaul. walaupun malam tu tak tidur walau satu saat sekalipun. menunggu giliran masuk ke satu tempat yang dikenali sebagai Raudhah .suasana hening. kedengaran suara-suara orang arab yang menjaga pintu raudhah. bising dan tegas. kedengaran juga suara-suara hamba Allah yang datang jauh dari pelusuk dunia yang bergelar sebagai kaum hawa merayu-rayu masuk masuk ke dalam raudhah. aku bagaimana? huh. syahdu itu sudah lama mekar dalam hati. sejak kaki ini melangkah ke pintu Raudhah yang tersegam indah. indah dari segi luaran dan dari segi dalaman(roh). aku dapat rasa roh di sini ada. sangat menyentuh hati ini. melihat semangat ama dan ummi mahu masuk ke dalam sana. air mata ini jatuh. satu-persatu. mula-mula perlahan. tidak sampai 3 saat, air mata ini laju keluar. tanpa segan silu lagi. tak terdaya aku mengesatnya kembali. penerangan jelas dari ibu yang menjaga rakya...