Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

pertama kali

 pertama kali dalam hidup kerja part time secara berbayar . selama ni part time tak berbayar je.  ini meja vvip. bunga segar banyak betul di hias di atas meja ni. nak makan bunga kot? haha. meja yang ni pulak, untuk peserta seminar. tiada langsung sebarang hiasan bunga-bunga segar. kesian. hehe. saya kerja part time dengan sebuah organisasi yang menguruskan event-event  yang agak besar jugaklah di tanah malaya ni. huhu.  di antara hadiah-hadiah yang peserta seminar akan dapat.  kat bawah yang berbalut tu, ada ipad. mewah, lucky draw dapat ipad bagai. huhu. untung laaa. dan lagi untung, bila peserta dapat bermesra dengan abang fazly.  abang? haha. iya. dia suruh panggil abang je. bukan dato'. ok, ok. fine.  patutlah menang dalam master chef.  pandai betul memasak. nyanyi pun boleh. bagi motivasi lagi.  serba boleh la abang sorang ni. huhu.  bersama dengan crew-crew yang terlibat dengan se...

dapat velvet!

To: Ainun Hidayah... haha. nama dah macam perfect kan. actually, yang betulnya;  1. ainun jariah 2. nur hidayah terima kasih. bervelvet lagi hari ni. rezeki.  penat menderma, dapat bervelvet pulak. alhamdulillah.

derma darah kali pertama

alhamdulillah. dah lama nak derma. kali ni baru dapat peluang. legaaa. dapat juga darah dalam diri ini dialirkan kepada orang yang lebih memerlukan. darah saya jenis AB. hehe. ayah ngoh dah derma 35 kali dah. dia banyak derma di hospital. tapi kali ni, dia tak dapat derma. darah dia ada tekanan tinggi. kesian pulak tengok ayah ngoh tak dapat nak derma tadi. tapi dia rileks je. haa, yang check ayah ngoh tu, doktor ye. suka tengok dia. humble. rasanya dia berkelulusan mesir kot. tak tahulah tak berani pulak nak tanya tadi. segan. hehe. isi borang dulu sebelum menderma. chef? huhu. bukan chef akmal.  officemates yang tak sabar-sabar nak derma.   wah. senyum kemain. ini dah siap derma dah. tangan masih ada rasa sakit. buat peace boleh pulak. haha. sebelah saya tu bukan chef. dia kerja kat restoran 5 bintang yang hari tu saya minum air seteko. baju merun tu, munirah. staff sales department. dia sebaya dengan saya. manis orangnya. derma darah kat ...

jadi motivator

 sempat jugak jadi motivator tambahan baru-baru ni. yeay! dapat  pergi pantai. dan tidur di sana.  macam biasa la. pertandingan istana pasir.  dan juga ber'LDK. layannn.. ber'bbq' standard la kan. kat tepi pantai. bangun pagi, senaman dan sesi tazkirah. best. sebab boleh pandang laut sepuas-sepuasnya.   semua darjah enam. dah nak upsr. moga kalian berjaya. amin. cikgu-cikgu darjah enam. hehe.  -kak zura-kak ata-kak mek-kak wa-kakak dan alin- last but not least, captured by iPhone. penat sangat masa ni. kena amek gambar, kena bagi arahan, kena jaga diorang ni. tapi saya ok. happy tengok diorang happy. kenangan betul la jadi motivator yang tak bertauliah ni. pengalaman yang tak dapat dilupakan. harap dapat berjumpa lagi dengan diorang ni. inshaAllah.

visit resort

 banyak sangat kerja bila dah lama berlatihan industri ni rupanya. semakin hari, semakin tak boleh duduk diam. ada saja benda yang nak buat. alahai ada 2 bulan lagi nak merasai benda ni semua. huhu. minggu lepas,  hari rabu. tu dia. dapat makan kat restoran hotel 5 bintang weh! haha. goyang kaki la duduk lepak-lepak kat restoran ni. sama taraf melepak dengan head of department resort. fuh. memang syok. dapat tengok pemandangan yang indah. redup-redup mata duk pandang kapal layar ke sana ke mari dek ditiup oleh angin yang mendamaikan suasana di sini. order air cokelat hazelnut. konon nak minum air ni, ingatkan macam rasa air kat Starbucks. rupa-rupanya, nah! satu teko restoran ni bagi minum. minum sampai lebam ok. huhu. officemate order slice cake dan secakir kopi. pergh ayat. secakir. entah betul ke tak guna perkataan secakir tu. haha. tapi yang pasti kami amat berpuas hati la dapat minum air di restoran 5 bintang ni. tak sia-sia plan kat office sebelum pergi restor...

husnudzon

f dah kawen!

alhamdulillah. sahabat karib dah kahwin. lega tengok dia sudah berbahagia. dapat jumpa dengan ayu dan luqman juga tadi. alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. rasa macam nak nangis bila f peluk diri ini. huhu. sebab keakraban kami sangatlah bermakna sekali. kawan sejak sekolah, sampailah dia bernikah pada hari ni. saya doakan, f diberkati oleh Sang Maha Penyanyang, dapat anak soleh, solehah dan kekal sehingga ke syurga...amiin. 

Selamat Hari Jadi ke-61 MY HERO ABAH.

    Bismillah. Ya Allah, Aku memohon keampunan kpdMU. dan kepada kedua ibu bapaku. Ampunkanlah sgla dosa mereka. Bukakanlah pintu rezekiMU kpd Abah. Bukakanlah pintu kesihatan kpd Abah. Bukakanlah pintu kejayaan kpd Abah. Bukakanlah pintu kebahagiaan kpd Abah. Panjangkanlah umurnya , berkatilah hidupnya. agar aku bisa menabur bakti lagi kepadanya. dan semoga msih lg ada hri esk utk aku melihat lgi senyuman Abah. Moga sentiasa berada di dalam rahmatNYA selalu.. Selamat Hari Jadi ke-61 MY HERO ABAH. doa daripada anak-anak mu. dini rahiah intan syakirah mohd. firdaus noor azyyati nur hidayah muhd.faiz fathullah

memperkenalkan officemate

hari jumaat 12april2013. banyak benda penting yang berlaku. 1. ama abah tiada kat rumah selama 3 hari. kena jaga rumah,  dua orang anak kecil, kena jaga ayam-ayam abah, kena jaga kucing. 2. supervisor universiti datang office semalam. debor gile. huhu.  kena buat log report dan sedikit briefing kepadanya mengenai resort. 3. ambil birthday cake officemate. tengoklah gambar kat atas tu. tak pasal-pasal ada jugak orang nak menumpang. haha. dieorang memang best. superb sporting! 4. selepas sv balik, sambung balik kerja kat office, karen (elektrik) pulak buat hal. kejap ada. kejap tak de. dah la tengah kira cash dengan sv. uhuuu. so, balik awal la jawabnya! 5.kena cari hadiah untuk majlis akad nikah sahabat karib. "nur fatin azmina". ok.. baca balik title entry. saya memperkenalkan, officemate saya; ainun jariah.  "ainun jariah" saya suka nama dia. unik. hehe.  dia suka pakai tudung adijuma. ayu sungguh bila pakai bawal. huhu....

Bunge saye

dah lama kenal dia. Mula rapat dengan dia pun, tak ingat dah bila. sebab, mula-mula kenal, memang kami serasi. saya dah jumpa ibu dia. adik dia. family dia sangat baik. ibu yang supermommy, gojes. Adik yang sporting. bila keluar sama-sama, mesti happening. beli fridge magnet, sampai tak ingat nak balik rumah. haha. time makan, makan aje. tak adalah nak memilih bagai. penat jalan-jalan, lepak jap. duduk atas lantai, bersandar kat tepi dinding, duduk bersila, sambil tengok orang shopping. lepas tu, tetiba ada orang bagi belon free. huhu. argh. rindunya. Kami rapat macam adik beradik. Iya. dia bunge saya. Sayang dia kerana Allah. May Allah bless her and for sure, she will get well soon..amin. from ur lovely bieb, Cahaye ^_^