Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

buku berpesta

kejap jadi buku.kejap jadi train.canggih,canggih. yang ni pulak.tadi jadi kertas a4, lepas tu jadi bunga-bungaan. buku cupcakes.cake. pasta dan lain-lain turut serta. sangat menarik. ok.yang ni saya tertarik.huhu. ada mamat handsome cuba untuk memberi buku secara suka hati. tapi,dia tak gerak-gerak.haha.kesian pulak. wah.kelihatan pula seorang budak kecil yang mengajar math. bukan FM.huhu.kenapalah dia tak ajar FM.kan best kalau dia dapat ajar. terus dapat jawab exam minggu depan kan.huhu. gambar ni khas untuk bella . akak dah kirim salam kat dia ni. yeah.itu dia.adi putra. umur dia baru 12 tahun. huhu.pandai dia.siap ada formula baru dia ajarkan tadi. formula dalam Kitab Suci.hebat betul.ramah layan peminat. bila saya tanya umur dia, terus saya tanya,sekolah kat mana?nanti upsr kat mana? dia jawab dengan tenang, "insyaAllah,saya akan melanjutkan pelajaran di australia.'' ish,ish...terus masuk universiti.tanpa perlu buat pinjaman ptptn.hehe. ok.mereka berdua ini sangat bai...

selamat akhirnya...

suasana pagi tadi agak serabut. banyak benda kena buat. tapi,buat tenang-tenang saja. plan nak sambut birthday ecah ni la. dah banyak hari nak buat.akhirnya,hari ini terlaksana. study week pun dah nak habis.amoi serabut dengan meeting mpp.cik qaseh dan tuan blog, sibuk study group.huhu.tapi tetap nak sambut birthday ecah. sebab dah lama sangat rancang.yang paling tak tahan,bila dah rancang pada hari khamis lepas, dia pulak berpuasa sunat.aduyaii...kek dah beli kot. nasib baik ada peti ais.lepas tu,rancang pulak pada hari esok.amoi pulak ada lawatan amal ke DQ. huhu,amoi ni..sibuk kemain sejak jadi mpp.semua hari dia ada kerja. beria ajak ecah pergi jogging pagi tadi kat tasik rahsia.semangat dia pakai kasut nak jogging.dia pun pelik.kenapa la nak jogging ni?..tiba-tiba je.selama ni tak pernah pun nak jogging sama-sama dengan tuan blog.penat cik qaseh pujuk suruh dia jogging pagi tadi. huhu.good job la cik qaseh.pandai berlakon tadi kan..hehe.. tak nak cerita panjang,kita terus tengok g...

terima kasih doktor zarifah

pagi tadi. w890i dapat mms. dah lama dah tak dapat mms sebenarnya. "terima kasih kak hidayah. semoga kerjasama dan perkongsian kak hidayah dihadiahkan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT (^_^)..." p/s: maaf.tak dapat nak teman awak pergi tasik rahsia tadi. owh.awak juga suka tasik ini.hehe.

dapat kawan baru..saya bukan cikgu

saya dapat kawan baru lagi pada minggu lepas. yeah.terima kasih.jemput masuk. sebelum masuk,ambil gambar secara berterusan tanpa disedari oleh tuan rumah. terserempak dengan kawan "cici"... setiap sudut ada patung-patung kecil. sampai dalam pasu bunga pun ada. tuan blog sudah teruja ni.semua tempat nak ambil gambar. ini,housemate saya. tengok pinggan yang dia makan. mengalahkan tuan. besar kemain. dan kelihatan gajah kecil yang sedang meyalak dibelakangnya..hehe. ok.sudah jumpa dengan tuan rumah dan juga kawan baru saya. minggu lepas saya dan kakak, dapat jemputan ke rumah Harvinder di bandar seri putra. berhampiran dengan rumah sir shahriman.Harvinder ni,rakan sekerja kakak saya.bila saya dah sampai dirumah dia,kedengaran suaranya,yang sibuk layan tetamu.speaking omputeh la.meriah betul rumahnya.rupanya,dia buat majlis makan-makan sempena hari vaiskhi..ramai yang tak tahu apa dia hari vaiskhi termasuk la tuan blog ni.tanya punya tanya,hari vaishki ni disambut oleh penganut ...

she makes me...

kelihatan semua pelajar sedang mengorak langkah keluar dari dewan makan. maghrib mula menjengah.kedengaran sayup-sayup suara AJK aspuri memanggil semua pelajar bergegas ke musolla yang berbentuk panjang itu.matahari sudah lama menghilang.sang bulan pula yang berlari mencari tempat yang sesuai untuk memancarkan cahayanya. angin pula,bertiup sederhana.terasa bahang air laut menyapa di muka. nikmat.nikmat rasanya pabila diri sudah selesai mengerjakan amanat dariNya secara berjemaah.semuanya dilakukan bersama-sama.padu rasanya hati ini pabila melihat semua pelajar sujud,berzikir kepadaNya.malam itu,malam jumaat.malam yang paling ditunggu oleh semua pelajar.masing-masing boleh buat kerja sendiri tanpa pergi ke kelas untuk menelaah. aku malam itu,tiada apa-apa yang mahu dilakukan. cuma hati ini rasa kurang senang. rasa macam ada sesuatu yang perlu aku lepaskan. entahlah.malas nak fikirkan kenapa. sedang diriku,berjalan-jalan dibawah koridor berhampiran dengan bilik warden,tanganku ditarik o...

she makes me...(preview)

dear. just for preview. stay tuned ya. jangan lupa, wo ai ni. hehe.

jaga nama Suci itu

9 april 2011, pada hari sabtu yang indah.. terima kasih..disambut dengan banner. tapi,ada pulak satu timbunan besar disitu.hehe.tidak mengapa la. asalkan,disambut dengan mesra. lawatan kali ini betul-betul ditaja oleh fakulti dan puan anita. puan anita memang best.beria sungguh dia nak suruh semua student ikut lawatan ni. saya and the geng pergi minggu yang terakhir.tapi bukan dengan the geng.sebab the geng ada kerja.so,pergi dengan classmate yang comel.aduhh.kena taip comel pulak.sebab dia suka sangat kalau orang puji dia comel. with cik mas comel. pernah tengok tempat ni dalam majalah tiga dulu.tengok wartawan cantik nurul syuhada nurul ain bercerita mengenai tempat ini.macam tak percaya pulak,tuan blog pula yang pergi di sini. sangat banyak al-quran kelihatan.tapi bukan sahaja al-quran,tetapi benda-benda yang mempunyai tulisan nama Suci..subahannallah.sungguh mulia nama Suci itu. selepas itu,diberi penerangan oleh tuan haji rahmat mengenai kepentingan menjaga nama Suci itu. semua al...