Tak sangka pulak dah jadi penjual tudung tegar sekarang disamping kena menulis paper yang tak siap-siap lagi ni. Pilih kain, beli kain, potong kain, jahit kain dan chap chusss jadi la tudung. Boleh pakai sendiri yang paling best. haha. Dulu suka sangat beli tudung, Sekarang dah jarang beli. Terasa nak beli, tapi bila fikir balik, alah...aku boleh jahit ni. Lainlah kalau tudung Pearl Haya. Tak pandai nak design tudung macam tu. Alhamdulillah, berkat sabar berniaga, dapat juga terasa manisnya. Gambar kat atas ni wide shawl yang baru jahit pada 2 minggu lepas. Pilihan kain kali ini, ama yang pilih dan tolong bayarkan. chiinggg! hehehe. Aku tolong jahit dan market aje lah. Suka pakai wide shawl ni sebab boleh laraskan kelabuhan mengikut style. Dan paling penting warna nya mestilah kena cantik kan. Alhamdulillah juga, garlichi wide shawl ni ramai pengantin order. Mostly, untuk bersanding. Moga-moga cantik la bila pakai ya! Jumpa lagi. (kena sambung menulis paper pulak). Nak orde...