Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Hiking kali pertama

 Ramai kan? team kami bergabung dengan team PD. Meriah! ini kali pertama aku nak hiking. Baju team aku warna merah nau nau tu. ada logo jom kurus lagi. Semangat betul. Masa ni aku tak kenal sangat dengan peserta yang lain. Sebab just ikut training baru je. Yang kenal pun masa ni coach aku sendiri; kak zu. asri dan anis. hahah. Tapi semua orang peramah. So tak kekok la nak mendaki ni. Bawak lens kecik. So gambar macam ni la. tak dapat nak fullframe.  kali pertama jugak jejak kaki kat sini. kat Port Dickson. Sempadan dengan Melaka.  Ini coach Saiful. Dia juga seorang pemenang Jom Kurus.  Peramah orangnya. Lead kami hiking Bukit Tanjung Tuan. Ada signboard dalam hutan. Kami guna jalan hutan nak hiking. sebab bukit ni ada jalan rata nak hiking.  Dapat kenal kawan baru! mereka semangat. aku tumpang je la semangat dorang. haha. Tak sampai setengah jam...dapat jumpa pantai. macam magik pulak. hiking punya hiking jumpa air laut...