Skip to main content

Hiking kali pertama

 Ramai kan? team kami bergabung dengan team PD. Meriah! ini kali pertama aku nak hiking. Baju team aku warna merah nau nau tu. ada logo jom kurus lagi. Semangat betul. Masa ni aku tak kenal sangat dengan peserta yang lain. Sebab just ikut training baru je. Yang kenal pun masa ni coach aku sendiri; kak zu. asri dan anis. hahah. Tapi semua orang peramah. So tak kekok la nak mendaki ni.

Bawak lens kecik. So gambar macam ni la. tak dapat nak fullframe.
 kali pertama jugak jejak kaki kat sini. kat Port Dickson. Sempadan dengan Melaka. 

Ini coach Saiful. Dia juga seorang pemenang Jom Kurus. 
Peramah orangnya. Lead kami hiking Bukit Tanjung Tuan.

Ada signboard dalam hutan.

Kami guna jalan hutan nak hiking. sebab bukit ni ada jalan rata nak hiking. 

Dapat kenal kawan baru! mereka semangat. aku tumpang je la semangat dorang. haha.

Tak sampai setengah jam...dapat jumpa pantai. macam magik pulak. hiking punya hiking jumpa air laut. dan kami rehat kat sini lama. sebab kena buat CT! ohmaiii. CT adalah circuit training. Latihan nak bakar lemak. dedalam hutan bagai nak bakar lemak! aduii.




Sempat selfie lagi! masa ni serius. langsung tak kenal dorang ni. tapi mesra macam kenal lama.

Dan akhirnya....dah sampai puncak. rupanya tak de la tinggi sangat. hahaha. dah namanya kali pertama hiking bukit secara berjemaah ni kan. rasa teruja yang amat. terima kasih semua! esoknya ada larian fit malaysia. pergh. dah hiking dah hari ni, esoknya berlari pulak. gigih nak sado!

jumpa lagi.

Salam awak.

Comments