Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

berpuasa 1434h

Assalamualaikum wbt semua.  terima kasih Allah. bagi peluang diri ini bertemu dengan bulan yang paling ditunggu oleh semua makhluk ciptaan Allah; ramadan. seminggu ramadan dah berlalu. dah hampir tiga hari berbuka puasa dengan air rahmat yang mencurah-curah turun dari nun sana. moga mendapat keberkatan dariNya. amiin. terima kasih Allah juga sebab bagi peluang diri ini berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama keluarga yang saya sayang. nikmat manakah yang kau dustakan? walaupun terasa banyak dugaan dan ujian dariNya, tapi rasa diri ini sayangi oleh Mu Ya Allah. iya. ramadan 1434h terlalu banyak dugaan. adakah mungkin kerana umurku sudah bertambah angkanya dari 23 kepada 24? huhu. mungkin iya. dari dulu bertadika, bersekolah, beruniversiti, sekarang sudah mula bekerja sendiri. terima kasih Allah, kerana telah mengatur langkah kaki ini untuk menuju ke jalan yang lurus. inshaAllah. sekian dahulu. jumpa lagi. 

jatuh cinta sudah

berkenalan mula-mula di midvally. ada la dua kali kot berjumpa. then, jumpa kat klcc pulak baru-baru ni. aha. terus berkenalan dan terus jatuh cinta! cinta kepada dia; sebab saya selesa berkawan dengannya. wangi baunya. dia sangat wangi. ada rezeki nak jumpa pulak dengan kawan-kawannya yang lain. mana tahu ada lagi yang lebih serasi dan dapat memikat hati ni kan. (i love jelly bunny!) haha. kantoi.

bunga ungu

pagi tadi teman ecah pergi petik bunga di tepi pantai yang cantik sangat pasirnya. putih melepak. bunga ungu memandangkan kami pergi hanyalah berdua, maka gambar diri sendiri tiada la. nak buat macam mana. tak kan nak suruh ecah pegang si d90. aduhai. berat seorang kanak-kanak yang berusia tak sampai 4 tahun ni nak pegang benda alah tu. huhu. suka tengok pokok bunga ni. melingkar. macam bunga lavender bentuk bunga ni. ecah. jom balik. dia tak nak balik. nak main-main lagi. jam dah hampir pukul 11pagi. matahari dah mula terpacak. terpaksa la dukung dia sampai ke resort. ecah, ecah.

jaga anak murid

 untuk kali kedua. pergi ke kem upsr. kali ni, jauh sikit dari rumah. nasib baik bos baik. bagi cuti. yeay! terus terang saya nak bagitahu. saya suka budak ni.  nama dia alif. umur dia baru 9 tahun dan juga handsome. heeee! tengah tunggu "juruletih" datang untuk meletihkan mereka ni. yeah! with "intans" again. bershooting lagi nampaknya.  terima kasih sebab sudi jemput saya ke kem ni. kem upsr kali ni ohsem!  sebab dapat buat permintaan guest service di malam hari. hehe. 

July 2013

Hari ni, hari melaporkan diri di pejabat anggerik impian dengan secara rasmi. Siap ada bawa surat tawaran bekerja sebagai eksekutif pelatih di hotel ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah Maha Luas. Terasa nikmat bekerja di sini. Mencabar. Sebab semua department kena handle. Tiada masa nak bergambar bagai. Yelah. First day masuk office mini tu. Balik rumah tadi pun lambat. Haha. Pekerja baru la katakan. By the way, saya happy kerja di sini. moga Allah redha.