Assalamualaikum wbt semua.

terima kasih Allah. bagi peluang diri ini bertemu dengan bulan yang paling ditunggu oleh semua makhluk ciptaan Allah; ramadan. seminggu ramadan dah berlalu. dah hampir tiga hari berbuka puasa dengan air rahmat yang mencurah-curah turun dari nun sana. moga mendapat keberkatan dariNya. amiin. terima kasih Allah juga sebab bagi peluang diri ini berbuka puasa dan bersolat terawikh bersama keluarga yang saya sayang. nikmat manakah yang kau dustakan? walaupun terasa banyak dugaan dan ujian dariNya, tapi rasa diri ini sayangi oleh Mu Ya Allah. iya. ramadan 1434h terlalu banyak dugaan. adakah mungkin kerana umurku sudah bertambah angkanya dari 23 kepada 24? huhu. mungkin iya. dari dulu bertadika, bersekolah, beruniversiti, sekarang sudah mula bekerja sendiri. terima kasih Allah, kerana telah mengatur langkah kaki ini untuk menuju ke jalan yang lurus. inshaAllah. sekian dahulu. jumpa lagi.
Comments