Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

malam tadi

wajah menceritakan segalanya. Maha Suci Allah. credit: berita harian

23 ramadhan 1432h

semalam sakit perut yang melampaui batas. makan chicken floss(macam dah nak basi kot) kepunyaan anak. padan muka. mungkin sebab makan sorang-sorang. tanpa pelawa kepada orang lain. hasilnya-pengsan di surau ttc. hari ini punya cerita. nah. ambil la siapa nak ambil. dah muntah dah tengok. aish. tak baik. ini rezeki. hari ni, buat lagi. paling hebat, saya jadi superhero kat dapur pagi tadi. ama pergi hospital. dan ama minta saya habiskan semua adunan dan paling menakutkan, kena jaga oven! aduyaiiii.... oklah. nak pecah rahsia ni. selama ni, sebarang jenis kuih-kuih raya dan kek-kek yang terdapat di dalam blog ini, semuanya ama saya yang jagakan oven. haha. kantoi. saya cuma pandai snap gambar sahaja. ama pun dah biasa sangat tengok saya pegang kamera sambil celup cokelat. so, hari ni...? huhu. lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru siap semuanya. dan cepat-cepat pergi keluar laman rumah. hehe... pergi pacak pelita pulak. pelita berbungkus. lepas dah pacak semua...

pink lagi

berperisa strawberi. wangi baunya. bangun pagi. tengok butter dah tersusun kat atas meja dapur. sah. oven mesti berasap lagi hari ini walaupun hari ini hari ahad. biasa oven berasap hari rabu. memandangkan tinggal berapa hari lagi lebaran akan tiba, nampaknya, tiap-tiap hari la oven tu bekerja. pelanggan tidak putus-putus menempah. semua mahu almond london. dah bosan dah asyik-asyik buat benda yang sama-celup cokelat, celup cokelat, dan celup cokelat. lepas siap celup terus masuk dalam bekas dan simpan dalam kotak besar ama. hari ini mungkin hari terakhir buat almond london.kotak tu dah penuh dah dengan kuih yang sama.ama faham perasaan saya. lepas siap almond london tu, terus dia buat adunan untuk kuih seterusnya. dan hasilnya....awesome. pinky. thanks ama. hari tu dah buat kuih warna merah jambu ini. hari ni, buat lagi. yeay. gembira bukan kepalang. tak sedar jam sudah pukul 7 petang tadi. ini pula. cookies cokelat cicah strawberi. ama kata siti nurhaliza suka makan str...

"safe" always

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang. Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan. 10 K dalam PERSAHABATAN * KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mere...

Penawar Hati

p/s : rindu pada "mencari damai abadi"

made by own

macam biasa.hari rabu. oven rumah berasap berkepul-kepul. dimulai dengan almond london. kena siapkan juga sebab ada tempahan. daisy cookies juga.huhu.penat seh. macam mana la suri rumah yang jual kuih-kuih raya ni. lepas buat kuih raya,kena masak lagi.kena kemas dapur..huhu. lepas dah siap semua,ada lebih sikit adunan pinky ni.so,terpaksa reka cookies sebab tak nak bazirkan adunan tersebut. hasilnya..haha.macam bantal barbie aku je. kak ata cakap,macam corak baju kurung. haziq cakap macam bentuk "i love u".. p/s : 1. all my sis suka template baru blog ni. tapi tak pandai nak baca entries.aduyaaaaiiiii...! 2. tak sabar nak tengok : tajuk- aduh,jiwa kacau (isu bercouple) tempat-surau an-nur,kolej mara banting tarikh:18/8/11 masa: selepas terawikh speaker: for sure, aiman azlan.

bila hati ikhlas...

pagi tadi,dengar deejay ikim bercerita mengenai penurunan lembaran suci (nuzul Al-Quran).diselit juga dengan cerita di bawah ini.sangat tersentuh bila dengar cerita ini. terima kasih kepada Sang Maha Pengasih. Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah SAW untuk melaungkan azan lima kali setipa hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nantikan laungan azan dari Bilal. Terdapat satu kisah, seorang sahabat meminta meminta keizinan Rasulullah SAW untuk melaungkan azan. Namun Rasulullah agak keberatan membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkan sahabat itu melaungkan azan itu pada waktu Subuh. Sewaktu ingin menunaikan solat zohor, 'penduduk langit' iaitu malaikat turun bertemu Baginda SAW dan bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah SAW, adakah kamu tidak solat subuh pagi tadi?". Baginda menjawab, "S...

fasa kedua

Hari ini adalah hari ke sebelas Ramadhan, bermulanya fasa kedua daripada tiga fasa Ramadhan. Dikatakan, fasa pertama dilimpahi rahmat, fasa kedua dilimpahi keampunan dan fasa ketiga dilimpahi kebebasan daripada api neraka. (Dalam AtTarghib Wat Tarhib oleh Imam AlMunziri, hadis no. 1,462 ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Imam Al Baihaqiy dan Abussyeikh Ibnu Hayyan, terdapat maksud di atas. Namun penilai hadis itu,iaitu Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albaaniy menyatakan hadis ‘mungkar’) Apa pun, hari ini merupakan fasa kedua daripada 3 fasa Ramadhan yang memerlukan kita merebut peluang keutamaan Ramadhan. Dalam hadis : “Berperanglah kamu akan mendapat keuntungan (rampasan perang dan ganjaran pahala). Berpuasalah kamu akan sihat. Bersafirlah kamu akan kaya.” (AtTarghib Wat Tarhib oleh Imam AlMunziri, hadis no. 1,431. Diriwayatkan oleh Ibnu Imam Al Baihaqiy. AlBaaniy : Dhoif/ lemah). Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. nemaiki mimbar sambil mengucapk...

setiap hari rabu...

almond dibakar mengikut darjah kepanasan yang telah ditetapkan. selepas itu,dibalut dengan tepung yang diuli oleh mesin gergasi ama. sambil tunggu dibakar sehingga masak,main cetak-cetak kuih pulak: 1.daisy cookies. 2. nescafe cookies 3. nescafe cookies one hundred(ama suka sangat sebut perkataan ni) akhir sekali: tat nanas pilihan ramai.

I Love You, Ramadhan

thanks to him berita baik : milky sudah sembuh.hup hup horay! ********************************* gambar hiasan: 1. biskut raya kembali lagi! 2. puding seri terengganu jadi kegemaran. big hug to my ama. 3. patut aiskrim kat rumah cepat habis. senyap-senyap makan kat dapur rupanya.huhu 4. tinggal kenangan.anak kesayangan. jangan nakal-nakal.minum susu ok. 5.bahagia pulak tengok kucing ni. spesel untuk sis ejie .