tebu sudah membunga'kan dirinya sendiri. bunganya nampak cantik. memutih warnanya. ciksu cakap, tebu ni dah nak kena petik bila bulan puasa akan datang. bulan puasa? bukan ke lambat lagi? huhu. entahlah. ciksu tak cakap panjang tentang hal itu. daun pokok kunyit tak pulak berbunga macam pokok tebu. haha. yelah. tak pernah pulak aku tengok pokok kunyit ni berbunga. daun pokok kunyit sedap bila buat masak rendang. teringat rendang itik kat kampung abah; alor gajah, melaka. iya. rendang itik. bukan itik masak kicap buatan emak amoi tu. eeee~ eh. ada pulak pokok tebu ni. haha. belakang pokok tebu tu ada nampak bumbung rumah kan. haa. tu rumah orang cina. jiran lama rumah tok. dulu pernah jugak pergi rumah cina tu. pergi beli gula-gula. dengar cerita, anaknya peluk Islam. tapi dah lama dah cerita tu. tak pernah pulak aku berbual-bual dengan tuan rumah tersebut. ini bumbung rumah bunga orkid ciksu. setakat ni, tak ada bunga lagi yang tumbuh. hanya daun saha...