abah dan ama. abah bagi taklimat kat ama tentang akad jual beli lembu. sama ada lembu A atau lembu B.
gambar lembu hidup tak dapat nak ambil tahun ni. ambil sekeping aje rasanya. sebab sibuk sangat layan tetamu datang ke rumah. tahun ni ramai sepupu dari Kepah datang ke rumah. tengok-tengok, ada daging lembu kat belakang rumah. macam magik pulak. tiingg!
dua orang anak lelaki abah tak dapat beraya bersama tahun ni. sorang kat seberang laut. sorang lagi tak dapat balik. demam campak bersama dengan baby nadhrah. hanya Skype sahaja dapat meriahkan suasana. jiran-jiran pun, datang macam biasa. semua tolong menolong. budak-budak ramai betul. main buaian abah kat depan tu. seronok bermain sambil minum air rebena yang manissss~ (aku yang buatkan. haha)
baju tema last minute. tak ajak pun aku sekali beli baju. (untung laa...cikgu.)
antara juadah yang di bawa oleh tetamu:
western food..made by kak jah new zealand.
sambal tok. made by ciksu manir.
ketupat palas. made by kak zura.
fareeda najwa..kak wa tak datang la.
pertama kalinya, kak zura korban di sini. yeayy! gumbira dapat jumpa dengannya lagi. terima kasih kak zura. sudi datang rumah saya ni. tahun depan datang lagi. kita raya lagi ye.
kak ejie dan abah.
harap dapat berjumpa lagi dengan aidiladha yang akan datang. insyaAllah.
*iya. saya dapat juga sms tanya khabar darinya di petang hari tu. fuh.
Comments