Skip to main content

23 ramadhan 1432h


semalam sakit perut yang melampaui batas.
makan chicken floss(macam dah nak basi kot) kepunyaan anak.
padan muka. mungkin sebab makan sorang-sorang.
tanpa pelawa kepada orang lain.
hasilnya-pengsan di surau ttc.

hari ini punya cerita.

nah. ambil la siapa nak ambil.
dah muntah dah tengok. aish. tak baik. ini rezeki.
hari ni, buat lagi. paling hebat, saya jadi superhero kat dapur pagi tadi.
ama pergi hospital. dan ama minta saya habiskan
semua adunan dan paling menakutkan,
kena jaga oven!
aduyaiiii.... oklah. nak pecah rahsia ni. selama ni, sebarang jenis kuih-kuih raya dan kek-kek yang terdapat di dalam blog ini, semuanya ama saya yang jagakan oven. haha. kantoi. saya cuma pandai snap gambar sahaja. ama pun dah biasa sangat tengok saya pegang kamera sambil celup cokelat. so, hari ni...? huhu. lebih kurang pukul 6.30 petang tadi baru siap semuanya.

dan cepat-cepat pergi keluar laman rumah.

hehe... pergi pacak pelita pulak. pelita berbungkus.
lepas dah pacak semua, gerimis pulak.
so, kena bungkus la pelita ni.
tak dapat pasang lagi malam ni. cuaca mendung.
itu dia anak kesayangan saya. haziq.
paling gembira bila dapat tengok pelita.
dan sudah berjaya main bunga api sebanyak dua batang.
esok nak pasang pelita yang jenis lain pula.
tadi tangan bau wangi sahaja bila buat kuih muih kat dapur.
bila siap pacak semua pelita ni.. aiseh. bau minyak maa kat tangan ni.


personal message:
* kepada sahabat saya-all da best exam. buat yang terbaik.
*kepada amoi- hopefullly you can read my kad raya.


Comments