Skip to main content

selamat akhirnya...

suasana pagi tadi agak serabut.
banyak benda kena buat.
tapi,buat tenang-tenang saja.
plan nak sambut birthday ecah ni la.
dah banyak hari nak buat.akhirnya,hari ini terlaksana.
study week pun dah nak habis.amoi serabut
dengan meeting mpp.cik qaseh dan tuan blog,
sibuk study group.huhu.tapi tetap nak sambut birthday ecah.
sebab dah lama sangat rancang.yang paling
tak tahan,bila dah rancang pada hari khamis lepas,
dia pulak berpuasa sunat.aduyaii...kek dah beli kot.
nasib baik ada peti ais.lepas tu,rancang pulak
pada hari esok.amoi pulak ada lawatan amal ke DQ.
huhu,amoi ni..sibuk kemain sejak jadi mpp.semua hari dia ada kerja.
beria ajak ecah pergi jogging pagi tadi kat tasik rahsia.semangat dia pakai kasut nak jogging.dia pun pelik.kenapa la nak jogging ni?..tiba-tiba je.selama ni tak pernah pun nak jogging sama-sama dengan tuan blog.penat cik qaseh pujuk suruh dia jogging pagi tadi.
huhu.good job la cik qaseh.pandai berlakon tadi kan..hehe..

tak nak cerita panjang,kita terus tengok gambar ok.
teruk benar ecah kena kantoi.huhu.

semasa cik qaseh tengah berlakon,
sesi setting tempat bermula ...



cepat gila setting ini semua.
sebab kesian kat cik qaseh.
dari tadi berlakon supaya ecah tak perasan tuan blog dan amoi
tulis-tulis nama dengan crayon.hehe.

dan tak sampai lima minit,baru la ecah datang.
haaa...terduduk la dia.terkejut..kesian pulak.semangat nak jogging tu.



selepas itu,sesi wajib bermula dengan selamatnya.
doa syahdu dari ecah,tanda kesyukuran mula berkumandang.
deru angin terasa.permai betul di tasik ni..



aishah..may Allah bless you always.


amoi...next sem,tak payah lah jadi mpp.huhu.
penat la tengok awak asyik-asyik meeting je..hehe.


cik qaseh...best kawan dengan awak.pandai.
pandai berlakon.mudah memahami.hehe


tuan blog...alah.malu pulak nak buat ucapan kat diri sendiri.
tapi,suka la hari ni.alhamdulillah.semua berjalan lancar.
nak ucap terima kasih kepada:
-kak ejie
-cik qaseh
-ecah
-sophia
dan tidak lupa juga kepada semua ahli study group.
korang memang mantop.
semoga mendapat keberkatan dariNya.
all da best final.insyaAllah.

Comments

ecah said…
wah,ciap citer dlm blog ag tue...tp gmbar ecah ngan tuan blog xde...
Nur Hidayah said…
aah la.xde la.gambar ngn ecah.huhukk..nxt time,kita snap lagi ye..