Skip to main content

Posts

final year project

setiap pelajar tahun akhir di menara gading mesti kena ada tesis ataupun final year project(fyp) kan. buat tesis, kena buat research banyak-banyak. kalau buat fyp, kena buat project yang mantap-mantap. baru best bila lecturer nak bagi markah. dulu, masa muda-muda dulu (tahun satu) selalu berangan, bila lah aku ni nak jadi pelajar final year. bila lah aku ni nak sibuk-sibuk buat tesis. buat fyp. seronok je tengok abang-abang senior buat semua tu. abang-abang? argh. yelah. dulu pernah tengok abang-abang ni sibuk duk promot iCEPS.  "adik, adik... jomlah join program iCEPS ni, best tau. macam-macam adik boleh dapat hadiah." aku pun, duk senyum-senyum kat dieorang, pastu blah. haha. kemain eksen tak nak join. sekarang... nah! padan muka. aku pulak yang jadi macam abang-abang tu semua. siap promot habis-habisan lagi. haha. baru tahu penat lelah menjadi pelajar final year ni. dari sem berapa entah dah kumpul duit untuk fyp ni. tapi yang pasti, banyak jugak duit yang digu...

wonderful surprise...

ama abah. saya sangat sayang pada mereka.pada hari lahir saya yang ke 23, mereka mendoakan untuk saya. kami sama-sama ke masjid putra untuk solat subuh berjemaah. indah kenangan itu. tenang, damai, indah bila dapat bersama dengan ama dan abah. mereka sangat hebat. hanya anaknya seorang ini sahaja yang lemah. masih merangkak-rangkak mencari apa itu erti sebuah kehidupan. saya percaya, Allah Maha Dekat. dekat bila saya dekat denganNya..amiin. tidak ketinggalan juga untuk adik beradik yang lain. hari raya baru-baru ini sangat bermakna buat diri. semoga kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi. amiin. alhamdulillah. saya juga mendapat sekeping kek ini. sweet. suka perkataan "akak sayang" . sebab orang yang bagi kek ini sangat rapat dengan saya. banyak benda yang kami kongsi. kami sama-sama menangis, kami sama-sama ketawa, kami sama-sama buat assignment. dan paling best, kami sama-sama sambut hari lahir secara suspen. huuuu! den dah terkeno! mereka amat p...

5september2012 #saya sayang semua#

#saya sayang semua#

petik buah rambutan

pakai baju kartun sokmo. aisyah nur damia. mahu memetik rambutan di depan anggerik murni.  eh, dah berbuah ke pokok rambutan? jap eh. tengok gambar kat bawah. suka pakai baju belang-belang. ahmad haziq daniel. beria nak panjat pokok, nak petik buah rambutan. budak kecik ni pula tak habis-habis merengek nak ikut panjat pokok. huhu. haaa..ini dia buah rambutan yang nak dipetik petang tadi. haha.  putik lagi daa. kesian anak-anak aku ni. nak sangat makan buah rambutan. oklah. untuk menyedapkan hati dieorang, aku tolong petik la tadi. tu pun aku petik 2 biji je. apa lagi, seronok kemain la haziq dapat pegang buah rambutan. "cik ya, kenapalah lambat sangat buah rambutan nak jadi warna merah?" aduyaaiii...haziq,haziq.

satu september 2012

haaa. tengok, tengok, tengok! jem la weh. huhu. macam mana nak keluar rumah ni? biasa ada RELA yang sedia merelakan diri untuk membantu melancarkan jem depan rumah. hari ni, RELA raya kot. hehe. rumah cikgu sulaiman hari ni buat majlis kesyukuran. anak terunanya yang belajar kat perancis dah kahwin. alamak! dah kahwin dah. huhu. alhamdulillah. selamat semuanya majlis kesyukuran. tapi yang tak selamatnya, lepas pergi kenduri, nak pergi bandar pulak. tapi, tengok lah nak keluar macam mana? aduyaii.. (buat-buat kecoh tak dapat keluar, padahal boleh aje keluar rumah tadi) pada satu september 2012, dapatlah aku makan benda alah ni. weee!  dengan rasminya, lidah ini dapat merasai makanan yang digembar-gemburkan oleh ramai orang akan kesedapan kek kecik ni. rasanya, oklah. standard kek cawan. nanti nak try beli kat kedai lain pulak. mana tahu rasa lain ke. ni, beli kat booth giant kat bandar aje tadi. tak tahu lah, tetibe nak beli. so, beli la.  mana lagi k...

ayam abah

telur dah menetas. ibu ayam bising satu kampung.  anak ayam pun berlari-lari. benarlah kata orang tua,  telur sebiji, riuh satu kampung. huhu. lepas tu,  dapatlah tengok suasana sibuk si ibu ayam  mencari makanan untuk anak-anaknya yang baru mengenal dunia.... kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang. omputeh cakap, to live from to mouth. (whatever you find when you) scratch in morning, (is just enough for you to) eat in the morning; (whatever you find when you) scratch in evening, (is just enough for you to) eat in the evening. -haha. terima kasih encek google. 1/60s, F1.8, -4.00 EV, 50.0MM, NIKON D90

tempahan kek

 marble cake. price : RM20.00 dalam marble cake, ada lukisan cokelat yang lazat. hihihi sponge cake. price: RM0.00 (sebab tak jadi. kek tak naik-naik jadi sponge. arghh!) ada 2 orang customer datang ambil kek pagi tadi. sorang cikgu (oh my english) dan sorang lagi budak sekolah tadika. semua berebut nak bawa ke sekolah masing-masing. terima kasih kepada ama. sebab rajin buat kek ni semua. aku buat apanya? aku ambil gambar aje. huehue

respect each other opinions

credit : azahskaliskala

tahniah matahariku (anis zakaria)

 Lots of warm wishes for you from the depth of my heart; Anwar & Anis May Allah bless you with a wonderful future together, amiin. ****************** a wonderful memory with my "matahariku"

Ustaz Don pun dah kahwin

alhamdulillah. didoakan moga ustaz dan isteri berbahagia sampai ke syurga. dulu, Ustaz Don pernah datang ke USIM. bagi talk tentang LOVE. hehe. masa tu ustaz dah bertunang dah. dapat jugak jumpa dengan ustaz. Ustaz Don ni ramai peminatnya. penuh satu dewan kuliah semasa ustaz bagi talk. sempat jugak record. tapi tak dapat nak record fully la.

baru 2 hari

 jus tembikai. perah sikit limau nipis untuk rasa ala-ala soda. ini buah wajib untuk berbuka puasa. jomlah berbuka dengan saya hari ini. wee! kak ejie, selamat berbuka puasa! anda ada 5 hari lagi Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم. Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

mangga surau

berangan juga mahu tanam pokok ni depan rumah.  tapi apakan daya. depan rumah ada highway. *terjumpa pokok ni semalam kat surau sebelum pergi beraya di pantai rahsia. 

beraya di pantai rahsia

hari ni, beraya di pantai pula. seronok! aisyah tak pernah lagi ke pantai. dia teruja tengok air laut yang membiru. kesian kat aisyah. tak pa, mak cik dia ada. jangan risau. ini baru fasa pertama bawanya ke pantai rahsia. nanti ada masa lagi, kita pergi lagi ye, aisyah. 

dah kawen dah

halim & siti syakirah L.O.V.E. ini pulak jadi pengapit pengantin yang tanpa disangka. haha. tetibe pakai warna tudung yang sama dengan tyah. tahun ni raya umah tyah seorang sahaja. tiada lagi geng-geng thanawi. nak ucap tahniah buat halim & siti syakirah. tak lupa juga, kepada anis zakaria & anwar. maaf tak dapat hadir diri ke majlis anis. insyaAllah, akan dipos hadiahnya. moga berbahagia ke syurga hendaknya, amiin ya Allah.

raya pertama 1433h

alhamdulillah. dapat berkumpul dengan semua adik beradik, ama abah. indah nikmat ini ya Allah. dari kanan; kak ata, faiz, saya, kak ejie. faiz dah nak pergi Jordan...moga selamat perjalanan di sana. kakak-kakak gojes. ama tersayang :) abah, kak long, ama with my little Nikon :) my bro with nadhrah yang comel. semoga nadhrah menjadi anak yang solehah..amin. haaaa...inilah papa dan ibu haziq dan aisyah.  satu-satunya kakak ipar saya; kak nadia. all the scarfs sponsored by; pearl haya radiusite fareeda *pakai pearl haya best. labuh. hehe :)