Skip to main content

final year project

setiap pelajar tahun akhir di menara gading mesti kena ada tesis ataupun final year project(fyp) kan. buat tesis, kena buat research banyak-banyak. kalau buat fyp, kena buat project yang mantap-mantap. baru best bila lecturer nak bagi markah. dulu, masa muda-muda dulu (tahun satu) selalu berangan, bila lah aku ni nak jadi pelajar final year. bila lah aku ni nak sibuk-sibuk buat tesis. buat fyp. seronok je tengok abang-abang senior buat semua tu. abang-abang? argh. yelah. dulu pernah tengok abang-abang ni sibuk duk promot iCEPS. 

"adik, adik... jomlah join program iCEPS ni, best tau. macam-macam adik boleh dapat hadiah."

aku pun, duk senyum-senyum kat dieorang, pastu blah. haha. kemain eksen tak nak join. sekarang... nah! padan muka. aku pulak yang jadi macam abang-abang tu semua. siap promot habis-habisan lagi. haha. baru tahu penat lelah menjadi pelajar final year ni. dari sem berapa entah dah kumpul duit untuk fyp ni. tapi yang pasti, banyak jugak duit yang digunakan. ini semua untuk melancarkan lagi fyp diri sendiri. nama aku telah ditakdirkan untuk ke unit hadiah. iya. redha aje. lagipun, aku ok je dengan hadiah-hadiah ni. so, kena handle bab-bab hadiah ni dari A-Z..pergi kemana sahaja, fikiran mesti ingatkan hadiah. alhamdulillah. dapat bos yang sangat memahami dan mudah bekerjasama. aku je yang banyak tak pergi meeting. huhu. lupa pula nak bagi tahu apa maksud iCEPS ni. (Islamic Convention EntrePreneurShip ) kali yang ke-lapan. 

yang ni, maskot untuk unit hadiah. dalam badan dia, ada hadiah misteri seperti kerepek, biskut jagung, kismis. hehe. semua hadiah ini dapat tajaan. teringat pulak pergi CM dulu. beria je cari hadiah kat sana. huhu. nasib baik tak pergi kat klang untuk survey hadiah. terima kasih bos. (chaied, aleep, dilah)

iCEPS berlangsung selama 4 hari 3 malam. setiap malam mesti pergi jalan-jalan kat booth kawan-kawan yang berniaga. malam tu, semua team kena pakai baju batik hijau. wee~ freshy tetibe rasanya.

hari kedua. terlibat dalam Bicara Siswi. pengarah  program ni, adalah kawan baik saya. aisyah. semua yang hadir adalah kaum hawa sebab buat pada waktu solat jumaat. dapat berjumpa dengan ustazah pilihan(fizah), ustazah asni, ustazah nabilah. tempat duduk disediakan penuh. sampai duduk kat bawah. baguslah. dapat sambutan yang amat baik untuk program ni. 

malam kemuncak, kena handle rhythm of Islamica Concert.  tak de lah handle semua. tolong-tolong sikit aje. gambar atas ni request dari tuan blog ni. huhu. saya panggil "abang nash" dan "en.hafiz hamidun". dua-dua ada pangkat yang berlainan. i mean, usia mereka. pulak. macam-macam lah. tapi best. dapat banyak pengalaman untuk jadi LO artis. bukan senang rupanya jadi license officer. huhu.  

dapat jadi bodyguard..hehe.

hari terakhir, banyak sangat program yang kena attend. salah satu, pertandingan baby comel. fuhh. ramai peserta. semua comel. tak tahu nak pilih yang mana comel. meriah lagi bila boboboi datang ke fem. semua serbu nak ambil gambar. kalau haziq ada, mesti dia suka. alhamdulillah. iCEPS kali ini dapat banyak pujian dari pihak atasan. banyak benda yang baru yang berjaya kami laksanakan. antaranya, ada lagu tema. wah. saya suka, saya suka, saya suka. (pesona...pesonaa...pesonaa...iceps8, iceps8...) haha. moga segala pengalaman yang pahit dan manis menjadi kenangan sampai bila-bila (aduh..program AUS contohnya..perit cari tajaan tuh..) sekarang, tengah sibuk pulak untuk latihan industri. syarikat manakah yang sesuai? huhu. moga Allah redha dengan 3 pilihan tu. insyaAllah. 

Comments