petang khamis baru-baru ini(24/2//11), hujan,panahan kilat tak henti-henti. langit seakan-akan merekah dengan banyak sekali. selepas maghrib,diriku kembali semula ke campus. malam itu ada lagi kelas.sebelum ke kelas, pergi ke kedai fotostet untuk mengambil kertas fotostet hadith untuk belajar halaqah. niatku selepas membayar kertas itu,hanyalah untuk sepupu ku yang sakit tenat di ppum..mohd izati bin rasol.. semoga mendapat berkat untuknya dan juga untuk semua classmates..amiin. tepat pukul 9 malam,kelas halaqah bermula. cuaca di luar kelas,sejuk sekali.terdengar juga angin bertiup dengan perlahan.ustaz begitu fokus mengajar hadith yang berkaitan nabi tercinta, Nabi Muhammad bin Abdullah.lebih kurang pukul 9.39, terasa vibrate dalam beg. ada panggilan dari abang..dan juga message dari kakak..berita pemergiannya terus bergema di telingaku. ...ان لله وان اليه راجعون.. al-fatihah buatnya.. تـُحْفَةُ الـْمُؤْمِنِ المَوت “ Hadiah bagi orang mukmin adalah kematian ” (HR.Al-Hakim) p/s : bayan...