pagi tadi bergegas ke PPUM,kl.
sepupuku telah dimasukkan ke wad icu.
dengar berita,dia sedang nazak.
berdebar hati bila mahu masuk ke bilik icu.
hati ini tak henti-henti berselawat.
moga aku dapat tenangkan hati yang dari pagi tadi rasa berdebar.
bila kaki menapak di bilik icu,kedengaran suara
seorang ibu sedang mengalunkan ayat-ayat Cinta.
ohh.amat sayu sekali.tanganku dari tadi memegang Kitab Suci ini sudah mula menggeletar pabila mata ini memandang sekujur tubuh yang lemah sedang bertarung nyawa.anak mak teh-debab.
dulu dia seorang yang periang.selalu jumpa dia bila hari raya aidilfitri di kampung melaka.
satu persatu air di mata menitis.tak tahu bila lagi mahu berhenti.ku buka helaian Kitab Suci satu persatu...perlahan,perlahan aku mulakan bacaan.jauh disudut hati,hanya Dia sahaja yang mengetahui betapa sayunya bacaan ayat-ayat Cinta yang ku baca kali ini.
tiba-tiba,aku ternampak satu titik air yang deras menuruni di matanya.
mungkin dia sedang merasa sakit atau sedih dengan keadaannya sekarang.
lantas diri ini terus berdoa..
"al-Fatihah.wahai Sang Maha Penyembuh,semoga dirinya
dapat bertahan..dan cepat sembuh.
ampukanlah segala dosa-dosanya..
limpahkanlah rahmatMu kepadanya..amiin"

Comments
dia sakit kekurangan darah putih asalnya.lepas tu effect kat organ dalaman.harap dia cepat sembuh seperti sediakala.huhu.amiin ya Allah.
iya.sy rasa amat insaf bila tgk keadaan dia.dan juga keadaan pesakit lain di wad icu.betul,sakit ini kifarah dari Allah sebenarnya.moga Allah lindungi dia dan juga orang lain.
-terima kasih sudi share ur feel at my entry ^_^