
sibuk memang sibuk minggu lepas. lepas satu satu benda yang kena buat. nak present paper, nak collect data, nak balik koberang, nak cepat-cepat baca journal yang semakin hari semakin banyak pulak yang berjumpa journal yang sesuai untuk sumbat dalam paper tuh. tak kenal maka tak cinta. makanya saya pun kenalah bercinta dengan journal tu. baiklah. saya imagine kan yang journal tu handsome macam edward cullen. eeeuuww. perlu ke sampai tahap tu. tak perlu lah. dan yang perlu nya adalah you need a rest! yeah. betul. Tuhan Maha Kaya. Dia dah aturkan segalanya. bila ecah tanya dalam group wasap siapa yang free minggu lepas tu, terus bagi icon pompuan yang pakai baju pink tu angkat tangan tanpa memikirkan yang kerja memang beratur tersusun yang perlu dibereskan. dah nak buat macam mana lagi. memang dah jodoh dapat keluar dengan ecah maybe. ecah asalnya nak ajak pergi i-city. nak tengok lampu lap lip lap tu. saya pun kasi la alasan yang munasabah bahawa sekarang saya "berjimat". haha. kantoi. baru dapat gaji dah kering! macam mana ni? then, dalam kepala dah bayang nak pergi pantai la. ecah, jom pergi bagan lalang nak? nak tengok laut la ecah. lagipun dekat pun dekat nak pergi. nasib baik ecah ok. dan petang tu jugak sampai la kat pantai. ecah ajak saya ke gold coast! yeayyyy! dah lama dah nak masuk ke gold coast kot.
ecah, nak parking kereta kat mana ni? luar ke dalam? pak guard ada tu. haha. ecah pun pusing-pusing kat bulatan depan pintu resort tu. kali kedua pusing terus ecah ambil parking kat luar sebab nampak macam dah penuh parking kat dalam. dan kami pun berjalan kaki dan berlagak macam pelancong. haha. ambil gambar sana sini. buat-buat tak tahu je bila lalu depan pak guard. dah bajet dah kalau pak guard tanya ke nanti cakap la nak masuk sebab nak jumpa orang! haha. dasyat benor. nak masuk punyer pasal. rupanya, ramai je orang macam kami ni. haha. jalan kaki masuk ke dalam resort.
tong sampah pun nak ambil gambar. buat kenangan. boleh ke? haha.
ini cafe resort ni. nampak ramai mat saleh, ah moy dan ah chong makan kat dalam rumah atap tiga segi ni. kerata kecil tu pun banyak berkeliaran. apa ek nama kereta kecik ni? dulu kat riyaz pandai sangat sebut nama kereta ni. haha. lupo den. tapi kalau orang main golf kan naik kereta ni.
tengah duk menilik dalam cafe tu, ternampak tempat parking basikal. alahai. sweettttt. basikal ada bakul kecil kat depan, warna pink dan putih. jom ecah, naik basikal! haha. gila la nak naik basikal tanpa check in kat resort. boleh ke oii? dan saya memaksa ecah untuk bertanya kepada staf kat situ. tanya la kena bayar ke naik basikal ni? kalau bayar, berapa? ecah kan pandai berlakon. dia pun tanya lah, gaya dia macam dah check in resort. haha. good job ecah! dan staf tu cakap boleh naik free aje basikal tu, dan siap pesan naik basikal elok-elok pastikan basikal tu okay baru naik. pergh. baiknya dia. siap ada pesanan lagi. hehe. tq akak staf! dan paling bestnya, aku ni pakai skirt okeh! macam mana nak kayuh basikal ni wehh...skirt pun skirt la. janji dapat kayuh basikal ni dan dapat pergi ke dalam resort. muslimah sangat pakai skirt bagai. huhu.
ini persinggahan pertama. singgah sebab ada kolam renang kat sini. kolam yang berhadapan dengan sunset dan air laut. ramai orang bermandi manda di sini. walaupun kolamnya tak ade lah besar, tapi ramai orang ambil kesempatan mandi dan dapat tengok view laut.
inilah viewnya. MashaAllah. Sungguh tenang.
bulan mengambang sudah pun munculkan dirinya.
setiap pintu resort ada basikal. haha. comel aje.
hari pun dah nak maghrib. cecepat ambil gambar sebab nak solat pulak. bila la nak dapat tidur atas air ni. setiap bilik ada view yang tersendiri. ada juga bilik yang ada tangga kat bawah. so, boleh pergi main kat air bawah tu. ada juga bilik yang katilnya view air laut dan juga sunset. best kan.

alhamdulillah. tak sangka hari yang disangka sibuk tu, adalah hari yang sangat bahagia. bahagia dapat tengok keindahan yang Allah cipta. InsyaAllah nak pergi tengok sunrise pula lepas ni. Pastikan ecah ada sekali. sebab boleh guna hanphone ecah untuk selfie! tq ecah!
Salam readers.
Comments