Skip to main content

syawal 1435h

Assalamualaikum wbt. sudah tiba syawal. syawal kali ini sangat indah terutama bagi abah. kami baru dapat balik beraya di melaka. Alhamdulillah. rezeki dari Allah dapat pulang beraya di alor gajah yang sudah bertahun lamanya sudah tidak beraya di sini.

Suasana di sekitar rumah tok wan pun dah banyak sangat perubahan. tapi rumah yang depan ni masih ada. siap berbuah lagi buah rambutannya. van tu, van abang hafiz. dia penjual uncle bob!!! memang best dapat makan uncle bob di malam raya dan juga di hari raya pertama. hehe. Alhamdulillah, busu kiah dan busu karim sihat. Allah bagi lagi peluang untuk kami berjumpa. Allah. terasa insaf bila dengar cerita busu karim. may Allah bless him and his family. amiin.

Solat aidilfitri di masjid alor gajah. dan pertama kali dengar khatib baca khutbah dengan penuh emosi pabila beliau membaca khutbah mengenai mh17 dan mh370. dan pertama kali juga aku boleh menyertai bacaan tahlil selepas bacaan khutbah. hati terasa amat tenang bila tahlil dimulakan. Selepas itu, pergi ziarah pusara tok wan dan tokki. Kali ini kami sekeluarga hadiahkan bacaan yassin pabila ziarah. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan bersama dengan orang-orang beriman...amin ya Allah.

sulaman raya tahun ni. baju ekspres. beli di jusco melaka. 
asal nak beli kat jusco wangsa maju, tapi tiada saiz. hehe. sanggup ke jusco melaka okayyy.

ama.

abah.

warna tema pastel tahun ni. peach dan soft pink. baju ama dan aku sama wehhh..

kakak vintage. baju dia tak sama dengan aku dan ama. hehe.

Pengantin baru. abah dan ama.

ini dia baby boy kak ejie!! thaqif fayyad. 

kak ata. ama. thaqif fayyad. kak ejie.

beraya sakan di kampung seberang.

Pabila umur dah hampir nak cecah 25 tahun ni, perasaan raya itu rasa lain. walaupun masih lagi dapat duit raya, tapi saat duit sendiri dijadikan duit raya, itu lebih bermakna. dan saat bersama ama dan abah tersangatlah indah rasanya. Terima kasih Allah. Nikmat manakah yang kau dustakan? 


Comments