Assalamualaikum wbt. Jam 8.00 pagi dah sesiap dah nak keluar. dan hari ahad waktu yang best nak keluar dengan ahli dalima yang masih bujang ni. First, kami pergi ke IKEA!!!! Ecah yang ajak. Saya yang shopping!

Kami jalan-jalan dalam ikea tersangatlah damai. tiada nak rushing-rushing ukur barang ke, pilih barang ke. kami just duduk bila ada kerusi yang sesuai untuk membuat perbincangan. hahaha. talk about business. dan kami akan berhenti pabila ada terserempak cermin seperti gambar kat atas ni. guna Lenovo boh!

Selesai di ikea yang ramai orang tu, kami zohor di masjid putra, putrajaya.
naik lif. nak solat kat atas pulak. selalu solat dibawah.
dan jumpa pulak cermin besar, dan bergambar sakan.
ukiran dan khat di masjid sangat cantik.
On the way nak pulang ke sarang, singgah la kejap dekat pullman. setakat ni tak pernah lagi jejak kaki disini. tengok dalam tv aje. seni bina disini macam di muzium terengganu dan juga di riyaz resort tempat praktikel dulu. alahai bestnya kalau praktikel di sini. mesti best. nampak macam best, kalau dah praktikel, baru tahu best ke tidak kan. cuaca mendung dan hujan bila dah nak balik ni. tapi tetap jugak bershooting sekeping dua.

Bagunan main reception disini.
Ruang menunggu sebelum ke restoran.
Kalau bawa sophia ke sini, mesti lambat lagi balik ni. rasanya dia pun tak pernah sampai lagi. nanti ada rezeki bolehlah bawa dia ke sini dan mana tahu dapat menginap disini juga..wahhh..angan-angan tu. Plan seterusnya ke shang ri-la pula. keep update ya para readers semua!
Comments