my name is not INTAN. haha.
sebelum naik bot, kena pakai sticker ni dahulu. sebagai tanda.
sebab....ramai gila orang nak pergi island hoping ni. tahu apa island hoping? ceh. soalan pulak.
maksudnya, pergi jelajah pulau-pulau disekeliling langkawi ni. wow. my fav ni. jom,jom kita pergi....
tuuuuu diaaaaaaa......kapal gergasi. best betul "tengok" kapal ni. haha. pergi islamd hoping bukan naik benda alah ni. tapi, naik bot kecil je. bapak la laju pak cik tu drive. sampai rasa nak terhumban dalam laut masin tu. tetibe rasa cuak yang tak tentu hala. dah la duduk sebelah mat saleh. haha. "kesian dayah," kak ata cakap.
first island : Pulau Beras Basah.
tak tahu beras dia kat mana. tapi sumpah. memang bosan pergi sini. sebab nak sampai sini terpaksa lalui ombak yang ganas, lepas tu pak cik driver campakkan aku dan semua ke sini selama sejam. kat pulau ni tak ada tempat yang menarik yang boleh di visit. pelancong lain sibuk terjun dalam laut. mandi manda. memang dorang plan nak mandi. kami mana la tahu boleh mandi manda kat sini. so, cuci mato la yang dapat.
cantik warna tulisan ni.
meletop. haha. tumpang model kejap. tak sanggup den nak pergi menadah muka kat matahari.
ramai peminat nampaknya kak ata dan kak chik. haha.
sebelah kak ata tu, emak kepada zahid af. haha. sempat lagi berjumpa dan berkenalan. untung laa..
selepas 2 jam lebih menunggu pal cik bot sampai, akhirnya, dapat jugak ke tempat burung helang makan roti. haha. makan roti? roti yang dibawa oleh pak cik tadi la. tak sempat nak snap. sebab masa tu tangan guna dslr kak chik. tak perasan dslr sendiri ada sangkut kat leher. apa daaa..
seterusnya......
impian dah jadi kenyataan! pergi tasik dayang bunting!!! alhamdulillah. terima kasih Allah. izinkan saya ke sini. ada pulak kapal layar putih ni duk melepak di deretan gunung yang berbentuk ibu mengandung tu. Subahanallah. Hebat ciptaan Allah. jap ek. nak google sikit gambar sebenar tasik ni.
ok ini dia...
Subahanallah....tak sangka boleh juga sampai di sini. panjat jugak la bukit tu untuk sampai kat tengah-tengah bulatan tasik tu...air kat taik tu sangatlah lembut...soft. tak atahu nak cakap macam mana.maybe sebab air dia tak ada garam kot. entah lah tak tahu la macam mana air boleh rasa lembut.
ok...kita tengok pulak gambar yang snap sendiri....
gua batu kapur sebelum sampai ke tasik dayang bunting.
tu la bot yang laju tu. mat rempit betul bila bawa bot tu. berkejaran sesama bot. haha.
dah sampai dah kat signboard!
macam biasa. posing wajib dengan ama dan juga signboard yang tersangat bokeh. haha. tudung jadi bolat dek kerana angin kencang di dalam bot kecil tu. hehe.
ingat sampai kat signboard terus dapat tengok tasik. padahal....kena daki bukit dulu.
dan tengok si monkey ni duk kat tepi tangga. meriah betul.
dah sampai!!!!.......indah. sangat indah. tenang sangat tenang.
dalam la tasik ni. ada sejarah tasik ni. patutlah ramai sangat orang nak pergi. dan akhirnya, dapat juga kaki ini jejak di tasik yang dah lama nak pergi. dan mata ini dapat melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah.
bersambung la lagi....boleh? den ado kerjo ni haa. ado maso den sambung iyo.

Comments