kawan baik.
satu petak-petak. satu plain. tuan beg ni pun berkawan baik dan akrab.
senang cerita, yang sebelah kiri tu,beg amoi . yang kanan tu beg diri sendiri .
rezeki murah untuk batch tahun 4 Fem tahun ni. fyp (iceps8) dapat banyak untung. boleh buat seminar latihan industri selama 3 hari dua malam di Bukit Gambang Resort City. weeee! seronok wey. dapat check in hotel dengan kawan-kawan sekelas. makan-makan di hotel. rehat-rehat kat dalam bilik hotel. alah. macam tak biasa pulak check in hotel. hehe. eh, tapi lainlah perasaan check in hotel dengan geng ni. meriah betul jadinya. lagi meriah bila nak buka pintu bilik hotel. macam-macam gaya nak buka pintu tu. sebab tak ada kunci, tapi guna kad. haha. dah nak check out baru pandai nak guna kad tu. huii.. macam-macam lah.
haaa...seminar macam dalam lecture. dapat nota slide bagai. tapi best. lecture dalam ballroom yang besar gedabak serta dengan lampu kuning. huhu. banyak juga dapat ilmu tentang latihan industri untuk tahun depan.
doyan! best! emak ayah masitah datang bawak buah durian. terharu seh. siap bawak pisau lagi. buah-buah ni semua ambil di belakang rumah masitah kat lepar. dekat sangat rumah dia dengan bukit gambang rupanya.
jadual seminar sangatlah padat. dengan LDK nya. dengan Amazing Race lagi.
lain kali buatlah aktiviti dalam air terjun tu...ni, dapat tengok dari atas aje. tiap-tiap hari tengok orang bawak pelampung..huhu..dan tiap-tiap hari aku duk bawak fail seminar..haha..tapi, oklah. still boleh shoot kan.
mas pegang tiket nak naik train ke hotel. naik train ke hotel, kena bayar RM1.00.
untunglaaa...hotel. boleh dapat profit kat train pendek tu. hotel dan water park jauh jugak sebenarnya. sebab tu naik train. kalau train tak start lagi, kena jalan kaki la jawabnya nak pergi seminar. huhu.
kami sahaja yang tak basah kuyup. orang lain semua basah-basah dan bawak pelampung warna-warni. hihi.
yang penting pakai baju kurung di kawasan water park. haha.

sebelum balik, kena present hasil kerja. pergh. mengantuk.
sebab penat sangat duk tengok orang mandi kat sebelah bagunan tu. huhu.
tapi en.mahathir still cool dengar presentation semua.
malam terakhir, ada farewell dinner...

bersama dengan cik qaseh saya.
*Bunga saya tak dapat lagi gambar. nanti upload lagi gambar saya dan Bunga.

unniiii!
*suka ucapan dari dean faculty, dr.asmady. i will try my best. inshaAllah.
Comments