Skip to main content

peristiwa 18 ramadhan 1433

Lebih kurang pukul 10.15 malam tadi kedengaran suara mak cik minta tolong di depan rumah. tak kenal pulak suara siapa mak cik tu. tetiba minta tolong di malam hari. abah ama baru aje balik terawikh dari surau. mak cik tu dalam keadaan cemas bagi tahu rumah jiran (YB Rosol) terbakar. tengok, tengok asap dah mula berkepul-kepul di langit dan api mula marak melebihi tiang elektrik depan rumah. AllahuAkbar! ramai jiran-jiran yang lain pergi ke masjid malam tadi. ramai yang tak perasan api sudah marak. nasib baik abah balik awal. abah terus telefon bomba dan melaungkan azan. kedengaran juga dentuman yang kuat dalam rumah terbakar. huhu. suasana agak cemas bila bomba lambat sampai. dan nasib baik, penghuni rumah tiada ketika itu.

 asap berkepul-kepul

 dentuman kuat kedengaran dari rumah


api semakin tinggi...SubahanAllah.

 sekejap sahaja api merebak. terasa bahang api yang panas.

di depan laman rumah.

 hampir 15 minit, bomba sampai. alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. 

pagi tadi jam 7.30, sebelum hantar haziq pergi sekolah,
sempat tengok keadaan rumah Yb Rosol.


Allah berfirman maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156


Comments