assalamualaikum wbt.
akhirnya.....dapat juga menaip di sini. sudah sekian lamanya hamba pergi merantau ke seberang sana. seberang lautan nan indah. laut china selatan yang amat luas sekali. dulu, saya suka berangan mahu ke negara seberang laut. sekarang, alhamdulillah, ada rezeki untuk ke sana. terima kasih Allah. terima kasih ama dan abah. terima kasih keluarga. terima kasih sophia (amoi) dan keluarganya. kenangan terindah merantau ke negara tanah besar, China. suatu perjalanan yang amat indah dan paling manis buat diri. manis? eee...terpaksa makan daging itik masak kicap pun boleh dikatakan kenangan manis? haha. iya. betul. hidangan yang paling istimewa bagi keluarga amoi adalah itik masak kicap. orang melayu jarang makan daging itik ni. sesampai di china, hidangan itu adalah hidangan utama. oklah. kita ikut step by step. tak kan tetibe nak cerita pasal daging itik kot. mestilah cerita dalam flight dulu...kan.
berjela panjang flight air asia X. tak pernah hayat aku naik flight panjang ni. dan penumpang hampir 99% adalah Chinese. suasana dalam flight oklah. tak bising mana walaupun, semua bercakap dalam bahasa mandarin.
ini dia sophia. merangkap sebagai;
kawan sekelas-kawan se'assignment-kawan seperjuangan-kawan baik.
cahaya terang di belakang. yelah. duduk sebelah ama. cahaya selalu memancar terang. haha
sayap flight.
bacaan yang disediakan.
pak nassir's nasi lemak.
harga rm15.
naik flight lebih kurang 5 jam...dan akhirya dapat jugak tengok pemandangan ini.
Subahanallah. cantik dari pemandangan atas tanah besar China.
alhamdulillah. sudah selamat sampai di Huangzhou International Airport. disambut mesra oleh mak sophia. aunty khadijah dan uncle salleh. wahh...memang gojes betullah emak amoi ni. cantik!..huhu...siap bawak bekalan makan dalam kereta lagi. dan sepanjang perjalanan ke rumah sophia, dapat tengok banyak kereta mewah berkeliaran. huhu. dan dapat tengok semua jenis kereta dalam group assignment dr.nurul. huhu.
porsche car.
dapat tengok sungai terbesar di China. sungai kuning. sungai ini memang besar. dan berwarna kuning. warna kuning sebab sungai ni terlalu banyak tanah liat dan pasir sampai air pun bertukar warna kuning. emak sophia yang bagi tahu.
ini bentuk rumah sepanjang perjalanan ke rumah amoi. bapaklah besar rumahnya.
setiap di rumah ini, semua ada tanah tanam sayur-sayuran dan padi.
sempat singgah beli buah tembikai di tepi jalan.
suka sangat lah amoi tu. dapat balik kampung.
fresh dari ladang.
tembikai susu yang ranum.
dapat free sebijik. sebab jadi foreigner dari malaysia.
kenderaan yang angkat buah-buahan.
ini dia kekasih gelap amoi. haha.
ok....dah sampai rumah sophia. rumahnya, apartment. besar jugak. perabot dalam rumahnya semua kayu jati. erm..kaya betullah dia ni. ada aircond. ada pokok-pokok segar. dapat berehat di bilik sophia. penat jugak perjalanan satu hari. malam tu, sophia ajak jalan-jalan ke sekitar rumahnya.
bersambung...
Comments