assalamualaikum wbt semua. hari ini hari jumaat. tadi dapat juga tengok khutbah jumaat dari Masjidil Haram kat oasis. alhamdulillah. kenangan terindah bersama ama abah dan ayah wei dan ummi masih lagi jelas di ingatan. hari ini juga dapat tengok kemalangan yang berlaku di depan kolej kediaman acacia berhampiran dengan usim. ngeri pulak bila tengok tadi. kereta viva kecil terlanggar belakang bas usim. tak tahu la siapa pemilik kereta tersebut. yang pasti ada ambulans tadi. moga-moga selamat pemandu kereta viva tu. lepas kelas, log in fb. terbaca status fb irfan jani :
"Bila saya bertanya teman-teman sudahkah mendaftar mengundi, mereka TERKEJUT beruk. Rupanya ramai yang tidak tahu berita tarikh tutup daftar pemilih adalah hari ini dan esok (Ditutup sebelum 1 April). Biasalah, notis begini memang tidak keluar di muka depan akhbar, ataupun berita utama. Sekadar tangkap muat saja. Seramai 3 juta remaja belum lagi mendaftar (statistik sebulan lepas).
Gila sekejap orang Malaysia dibuatnya"
alamak! lupa la nak semak. hari tu, ada daftar kat terengganu. daftar untuk mengundi. wah. dah dewasa rasa diri ini bila semak tadi, nama sudah tertera di skrin dan layak untuk mengundi. Dr.Wan dari minggu lepas sibuk cakap pasal ni. tapi, buat-buat tak tahu je. bila baca status irfan jani tu, baru menggelabah. hehe.
macam mana lah nanti bila hari mengundi. dulu masa kecik-kecik, suka benor ikut ama abah pergi mengundi. abah la paling sibuk. pernah dulu, dia jadi ketua tempat mengundi. huii. siap bawak balik tong hitam yang besar tu, bawak balik kat rumah. balik rumah tengah malam. pergi pagi-pagi tempat mengundi. bila tiba hari mengundi ni, suasana jadi lain. macam suasana hari raya pun ada. jalan jem. kat jalan raya, penuh dengan bendera-bendera parti. merah,hijau,merah,hijau. hehe. ada jugak orang kata, mengundi ini wajib. sebab kita wajib memilih pemimpin yang berwibawa dan sebagainya. dalam Islam pun, ada mengatakan bahawa mencintai negara adalah separuh daripada iman. mudahan dengan mengundi pemimpin yang berwibawa ini akan mampu menjdai lebih baik lagi untuk agama, bangsa dan negara. insyaAllah. nanti nak shoot gambar suasana sebelum dan selepas pilihan raya. stay tune for the pictures.

Comments