pokok kat belakang rumah kali ini tidak menjadi.
tak berbuah seperti masa aku kecil dahulu.
sekarang aku dah besar. besar? haha. iya.
dah besar dah. usia pula sudah meningkat.
pokok-pokok semua kat belakang rumah mungkin sudah tua kot.
tiada lagi hasil yang boleh dimakan oleh ahli keluarga Haji Kadir.
pokok dokong abah pun timpa nasib yang sama.tidak berbuah lebat.
hanya daun kering yang bertaburan sahaja yang menemani pokok-pokok abah ni.
petang tu, lepas jumpa faza kat sekayu, sampai rumah, tiba-tiba ada bau asap.asap orang bakar daun-daun kering.tengok-tengok kat belakang rumah, seorang insan yang sangat baik, penyayang, sedang berusaha membersihkan daun-daun kering yang bertaburan di bawah pokok-pokok dokong.hati ini tersentuh. tersentuh tengok keringat abah mengalir di badannya.
kaki ini mula melangkah laju ke arah abah.
aku mula bersuara, "abah, dayah nak tolong abah la. banyak lagi daun-daun kering ni. abah rehatlah dulu."
pantas abah menjawab; "ok. dayah sapu bersih-bersih.
lepas tu, bakar daun-daun ni.nah. kotak mancis."
aku berfikir dan berkata; "errkkk...dayah tak pandai la nak bakar.
tak pandai la nak pasang api ni. huhu.
seraya abah menjawab; " haaaa.....jangan cakap semua tak pandai.
cakap, insyaAllah,dayah akan cuba. ingat tu.
"abah, dayah sayang abah."
yang benar,
anakandamu, cahaya petunjuk.
24 januari 2012, selasa. 6:00pm.
Comments