Skip to main content

sambungan trip kedua


pengalaman pergi kota yang dilanggar ikan todak memang terbaek.
jutaan terima kasih buat PCK ARMSHAH dan keluarga.
sudi bawak kami jalan-jalan.
may Allah bless us. amiin.

sebelum berangkat, lunch kat jusco tebrau yang besor tuh.
makan johnny's secara ramai-ramai.


berasap-asap makan. eh,sebelum hari makan johnny's ni,
dapat tidur rumah my dear saya-cicut.
dapat jumpa ibu cicut yang cantik dan elegen.
btw, thx buat cicut sekeluarga.
moga kita dapat jumpa lagi.
datang terengganu pula ya,cicut!

ini dia- bos saya. penaja dslr. terima kasih jugak tolong belikan.
so, ini adalah pengalaman pertama dalam hidup shoot camera sendiri.
memang best guna lens abang idoh.huhu

bersama model tudung fareeda. tudung baru tuh. polka dot.


lepas makan tengah hari, dapat jumpa dengan dia ni. dia amat peramah.
senang sahaja saya nak shoot gambar dia. 감사합니다 ! (gamsahabnida @ thank you)


okay. get ready the passports! satu plastik bawak passport.
macam jadi travel agent dah rasanya bawak satu plastik ni.


macam biasa, perjalanan hampir 2 jam di tambak johor.
macam-macam aktiviti yang dilakukan dalam kereta.
contohnya, main tepuk amai-amai,
sebut horay banyak kali.main tengok peta sampai bosan..
aduyaii..semua enjoy dalam kereta walau jem 2 jam.


hari pertama, sudah sampai singapore, pergi ke stesen tao payoh.
sebab nak naik mrt. keadaan car parking.sangat kemas.
unik benor siling bagunan ni. berpetak-petak.


kat stesen ni, ramai orang bershopping.
untuk xmas. murah-murah. kalau ama pergi, mesti dia borong sakan.




lepas jalan sikit, pergi solat kat masjid. cuaca best. redup.
semua nampak ceria. sebab dapat jumpa masjid. lega dapat solat.


lepas solat, dapat sampai di vivo mall. untuk ke pulau sentosa, kena sampai kat mall ni dulu.
sebab nak naik tren ke pulau sentosa. orang cina,perghhh...ramai. besor gila la mall ni.


dan akhirnya.....sampai juga ke destinasi yang di impikan selama ni...






seronok tak terkata. macam dah kat hollywood rasanya.
macam-macam benda boleh tengok.
semua kartun-kartun dreamwork ada kat sini.
boleh jumpa shrek, dan juga mr.bumblebee bersama rakan-rakannya.
ada juga pertunjukan bunga api secara besar-besaran.
dan dapat tengok wayang cerita shrek4 dalam versi 4d. wah, best laaa....
sampai nak terjatuh duduk dalam wayang.
ada orang tolak-tolak. haha. pengalaman manis laa..


hari kedua pula.
jalan-jalan sekitar merlion city, orchard road, esplanade, marina bay.
kali ni, nawrah pula ikut sekali.
nawrah comel. dan suka sebut perkataan "horay!"



suka sangat lah si amoi. dapat jumpa dengan singa buatan di merlion.
kami berjalan kaki jauh jugak. hujan pulak tu. tapi, hasilnya, memang berbaloi.
dapat makan pineapple pie mcd. kalau kat malaysia, apple pie.

suasana malam di marina bay.
bagunan yang ada perahu kat 3 buah bagunan.
tulah. singapore ni kecil je. tapi moden. padat dengan bagunan.
berbeza sangat bagunan di malaysia.

tapi, pape pun yang terjadi,
saya tetap sayangkan malaysia tanah airku.
sebab kat malaysia senang nak solat,
senang nak guna toilet, senang nak makan makanan halal dan lain-lain lagi.
wah. patriotik tiba-tiba. yelah, kena pergi travel juga sekali sekala.
tengok tempat orang. tapi tempat sendiri jugak yang best kan.

"hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hujan di negeri sendiri,
bagaimanapun senangnya hidup di negeri orang,
masih lebih senang hidup di negeri sendiri"




Comments