Skip to main content

datang melawat

lebih kurang pukul 3 petang tadi.w890i dapat satu pesanan ringkas.

"abang akan sampai nilai pukul 4 petang''

alaaahhhh abang pulak nak datang rumah.huhu..

petang tadi,berehat sekejap selepas berkemas di rumah baru.
eh,salah.rumah lama.tapi housemate yang baru.

abang dan isterinya berhajat nak melawat rumah sewaku.
gaya melawat,macam gaya abah.
semuanya ditegur.tingkap berhabuk la.tv berhabuk la.
semua ditegurnya.tu belum abah yang datang.

tak dapat bayangkan bagaimana abah komen tentang rumah ni.
lepas menjamu selera bersama-sama,abang pulak cakap nak pergi nilai 3.
katanya nak cari bahan nak buat bisnesnya.


bersemangat tu..jalan tak ingat kat orang belakang.
terus serbu kedai pengantin.
siapa pulak yang nak kahwin ni?..huhu..

kak nadia pula,first time datang ke sini.
suka benar dia tengok kedai-kedai berderet-deret
yang banyak jual barang-barang.

housemate baru pun ikut jugak tadi.
tak sempat pulak nak ambil gambar dia.
dia beli jam loceng tadi.harga RM4.90.
haha.tulis harga pulak.kantoi,kantoi..

lepas berlegar-legar di nilai 3,
pergi pulak ke bandar sri putra.
tengok sekolah baru housemate saya.
sampai la ke maghrib,baru sampai rumah.

dari tadi cakap pasal housemate baru.
oklah.next entry saya bagi tahu lah
siapa la housemate baru saya ni.
rupanya menawan sekali.haha.


p/s : moga ceo cepat sembuh.makan ubat ya.
jangan letak garam banyak sangat.pedih la.huhu.
ingat,bagi tahu bila menang.boleh belanja nanti
-teh tarik kat persint 9..hehe..


Comments

ayin~weeweet said…
boleh tak nak teka siapa housemate tu.kalau betul bagi big apple tau HAHA
Nur Hidayah said…
haha..alah,akak dah tahu sape kan..xpayah teka la..hahaha..