8 november 2010,monday
hari ini panas.alhamdulillah.lega.tapi,hujan pulak pada petang.
lebih kurang pukul 3 petang.kakak saya ajak pergi teman dia.jalan-jalan lagi.
kali ini,dah tak bawak mr.haziq.
sebab dia dah terlena dengan ibunya di gua..hehe.bukan.di bilik ibunya.
dalam keadaan hujan,pergi la keluar kami adik beradik.dalam kereta,bising suara tuan blog ni.
cakap banyak la dia petang ni.tak tahu kenapa.huhu.mungkin tuan blog ni dah bahagia.hehe..insyaAllah.bahagia itu yang kita mahu bukan?

dalam keadaan bahagia tu,kat tangan memang dah standby camera.jadi semua yang dipandang oleh mata,akan di abadikan dalam camera.tajaan camera kali ini-bos anggerik impian.terima kasih ya.sayang sama bos..lupa nak cerita pasal gambar ni..okay nama dia milky pinky.baru je saya bagi nama kat dia.dia comel.sebab baik saja.tak bising-bising macam tuan blog ni..dan saya dapatkan dia dengan percuma sahaja.ada nampak brand kat tepi tu?okay,bila dah nampak,harap mengerti.jangan banyak tanya lagi.eceh.

sebelum sampai ke destinasi,kena bawak bekalan.alhamdulillah,pak cik yang jual pisang goreng ni benarkan saya ambil gambar pisang ni.
"erm,nak saya promot pisang goreng ni dalam blog saya,pak cik?"
pak cik tanya, "blog tu apa adik?"huhu..saya senyum ajelah.tak perlu terangkan apa maksud blog.takut sampai esok tak habis saya terangkan kat pak cik..hehe..tapi seriously,pisang goreng pak cik memang terbaaeekkk..like,like(macam dalam fb..)

sudah sampai.kedai ini bukan destinasi yang asal.sebelum sampai kedai ni,pergi kedai seakan kedai ini jugak.untuk tempahan baju budak-budak sekolah rendah, a.k.a anak murid kesayangan kak ata..kak ata memang peminat setia al-ikhsan.tapi,hari ini,seleranya untuk membeli tak menjadi.sebab tiada kasut jalur-jalur pink.nak jugak warna pink..aduiii...
kedai seterusnya, agak-agak kedai apa ni?

pecah satu,kena bayar dua..hehe..

memang cantik..tuan blog ni sangat teruja.kesian pulak tengok mata dia.
tak berkelip dah bila tengok benda ni semua..huhu..nak beli,gaji tak dapat lagi.tulah,malas sangat nak kerja kat anggerik.patutlah tak dapat gaji kan..hehe..kantoi,kantoi...

yang ini,kalau pecah satu,bayar sepuluh..sebab barang antik..padahal,tuan kedai tak bagi pun amaran ni.tuan blog ni pulak yang gedik buat amaran sendiri..hehe..

saya nak beli yang ini suatu hari nanti.kalau ada orang bagi...huaaa...lagi la suka..
tapi,sebelum nak bagi,tengok dulu harga bunga ini berapa.ada tanda harga tu.tengok sambil fikirkan,cukupkah ringgit malaysia anda?kalau cukup,apa lagi yang ditunggu....hehe..

"semua ini untuk dijual.bukan untuk pameran"
berkata kak ata dengan nada yag tenang..huhu..

haaa...inilah kedainya..saya ingat saya berada di kedai vantage..rupanya, di butik untuk pakaian ke majlis-majlis..hehe..butik ni best.banyak benda yang boleh tengok.ada baju,tudung,barangan vantage,kek cokelat pun jual..ada juga impian nak buka kedai macam ni.tapi,impian sahaja dulu.sebab belajar tak habis lagi..huhukk..kak ata beli baju "ah so" warna merah kat butik ni..esok dia ada majlis gilang gemilang di permai inn..hehe..gemilang la sangat...
akhir sekali,pergi...

mcd disini saya suka.landscape dia boleh main golf.nasib baik saya tak pandai main golf.dan tak pernah dalam hidup main golf.tapi bercita-cita nak bawak kenderaan kecik putih tu..hehe..
lagi satu,mcd kat sini,bersih.dan sekeliling bagunan ada rumput ni..ahh,sangat sejuk mata memandang..tiba-tiba je..hehe..padahal mcd je kot..hehe..

mcflurry strawberry.kalau ada rezeki mahu belanja ceo..hehe..
insyaAllah.rezeki ada dimana-mana.

bila dapat mcflurry,baru tuan blog berhenti cakap.tapi tetap cakap jugak.sebab dia tak puas hati,tv kat belakang tu,pasang channel football..kalau tak silap,barcelona lawan siapa entah.malas nak ambil tahu.tak suka football..haha..reader yang player football jangan ambil hati.sebab saya baik orangnya..eheh..terbajet la pulak..huhu..tiba-tiba lagu ronan keating berkumandang.ibunda call.tanya.bila nak balik.hari dah gelap ni.hehe..tak sedar,dah pukul 7petang..lepak punya lepak kat mcd yang menghijau tu..huhu..
ok,ibunda.anakanda balik sekarang..teringat pulak cerita ulik mayang..hehe..
cerita dah habis.boleh bersurai semua.
eh,ada satu lagi gambar tertinggal..

mungkin gambar ini ada kaitan dengan entry seterusnya.
tunggu ya.oh,template blog ni pun seakan warna benda di gambar ini.
hehe..have a big project to do actually.. ^_^
Comments