Skip to main content

hari ni sudah pulih

hampir 3 hari jugak bahu dan lengan ini membengkak.sakit sangat-sangat.nak angkat bahu sikit pun tak boleh.tak tahu sebab apa.ama dah pesan,jangan angkat barang banyak-banyak.bawak sikit-sikit sudah.lepas tu,ama cakap,makan ajelah panadol..nanti hilang la rasa sakit tu.huhu..ama pesan,buat tak tahu je.bila dah membengkak,tak boleh angkat bahu,baru menangis cari-cari mana panadol..

alhamdulillah,semalam,anggerik fullhouse.kali ini guest sangat berseri.berseri?iyaa.
sangat berseri.ada dua pasangan pengantin yamg menginap di anggerik impian
dan anggerik house.satu pasangan itu,anak doktor.
bekas majikan ama dan abah dulu..pengantin pun doktor.
anak beranak la doktor.senang..

pasangan satu lagi,guru it di sekolah.sama sekolah dengan kak ata mengajar sekarang.pengantin lelaki ini saya sangat suka.sebab dulu,pengantin ini pernah menolong saya.baik sungguh dia.nasib baik dia dah nak kahwin masa dia nak tolong saya.sekarang,dah selamat kahwin pun..pengantin ini pernah tolong hidupkan kembali lappy milky saya ni.milky saya ini lembab sahaja pergerakannya selepas banyak kali buat project after effect..kesian rupa milky saya ini.hanya tuan dia sahaja yang tahu..hehe..dah tak larat sangat milky saya ini bergerak,so,pengantin inilah yang tolong format balik..fuuuhhh...laju la pergerakannya selepas dibaiki..campur pulak dengan broadband baru..huhu..

okay,saya bagi tengok rupa pengantin yang tolong saya..oppss,pengantin perempuan sangat cantik.ala-ala gadis melayu bila tengok live..mata saya dah tak dapat berkelip dah bila tengok pengantin perempuan..hehe..


 semoga berbahagia hingga di syurga.. gafour&hasniza..

nampaknya,entry kali ni tak ada kena mengena dengan pengantin.mula nak cerita pasal sakit bahu dah mula baik..tup,tup pasal pengantin pulak.tak mengapalah..dalam keadaan sakit pun,boleh jugak pergi kenduri kahwin semalam..so,hari ini dah pulih sediakala bahu dan lengan ini..jadi boleh sambung balik bekerja.tapi,hari ini hujan.bangun pagi,hujan turun.tak berhenti sampai la sekarang ni.begitu asyik sekali hujan turun..bos cakap,dayah masak ajelah kat rumah.jangan pergi mana-mana.baik bos..
menu hari ini:
kurma daging,ayam masak merah,gulai ayam
jangan nak berangan nak tengok saya masak lauk-lauk ni semua..haha..
hanya ini sahaja yang saya mampu:
for sure,nasi putih
sayur peria goreng
telur bungkus
ikan talipia goreng
(ni pun abah yang tolong gorengkan.
sebab saiz ikan besar melebihi kuali.heheh)

ok,sampai kat sini dulu.nak pergi bank pulak ni.
buku statistic,account,math tak tahu dah letak kat mana.aiseh.. ^_^


Comments

Muhammad Afifi said…
owh...sakit bahu...ermm =)
Nur Hidayah said…
hehe..baru tahu kan..sakit ni..
fatin azmina said…
d,d....lain kali jge bahu tuh...danger2...asalnye hantaran 10k,,down jd 5k ekgi...hati2 cket.....
Nur Hidayah said…
weh,hantaran ape lak ni?...xfhm2...hehe...
fatin azmina said…
hantaran "kahwin"....hehe
Nur Hidayah said…
fatin:

kahwin?aduiii..f,f,....