Surah al-Fatihah yang merupakan Ummul Kitab (Ibu Kitab)
memiliki banyak rahsia teragung dan tidak ternilai jika kita menggalinya.
Setiap kali bersolat kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan
Maha Pencipta melalui surah tersebut.
memiliki banyak rahsia teragung dan tidak ternilai jika kita menggalinya.
Setiap kali bersolat kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan
Maha Pencipta melalui surah tersebut.
Apabila kita membaca permulaannya yang bermaksud
"Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam"
maka Allah menjawab
"Hambaku telah mengingat-Ku".
"Hambaku telah mengingat-Ku".
Apabila kita membaca perenggan kedua yang bermaksud
"Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
maka Allah menjawab
"Hamba-Ku telah memuji-Ku"
Apabila kita membaca perenggan ketiga yang bermaksud
"Yang menguasai hari pembalasan"
maka Allah menjawab
"Hamba-ku telah mengagungkan-Ku.
Apabila kita membaca perenggan keempat yang bermaksud
"Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan "
maka Allah menjawab
"Hamba-Ku telah memuliakan-Ku"
Apabila kita membaca perenggan kelima yang bermaksud
"Tunjuklah kami jalan yang lurus"
maka Allah menjawab
"Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta"
Apabila kita membaca perenggan keenam yang bermaksud
"iaitu jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan jalan yang mereka dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat"
maka Allah menjawab
"Ini semua untuk hamba-Ku dan mereka berhak atas apa yang dia minta "
(maksud hadis riwayat Muslim,Tirmizi dan Nasa'i).
Kesimpulannya ialah al-Fatihah merupakan doa hambanya yang paling hampir dan paling istimewa disisi Allah s.w.t.Marilah kita membacanya sekerap mungkin dengan tawadduk dan istikamah kerana disitulah pintu antara kita dan Pencipta untuk berbicara dan menanti kedatangan janji-janjiNya.


Comments
bila kita tahu Islam itu indah,
hidup pun akan turut indah.
insyaAllah..ameen.
thabit qulubana ya Allah..