Skip to main content

ada 2 buah buku sebenarnya

salam buat para reader blog ini.
harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
malam,22.10.10, saya dan sahabat saya dapat hadiri satu majlis ilmu.sahabat saya yang belajar dari upm sanggup datang.yang belajar di uniten,tak dapat datang atas alasan final pada keesokkan harinya.alasan itu boleh diterima.final lebih penting bukan?lain kali datang ya.

dulu,semasa saya tengok iklan majlis ni di kolej..saya tergelak sendirian.sebab majlis ini dipanggil sebagai BEDAH BUKU..alamak...macam mana buku nak bedah ni?..buat apa bedah buku?..apa faedahnya?..best ke?..kenapa buku yang dibedah buku-buku ilmiah,islamik dan sebagainya..nak tahu jawapannya,terpaksa hadiri juga..majlis pertama,bedah buku-alexender adalah zulkarnain..ohhh,memang ramai orang hadiri..terpaksa duduk kat tangga hall..berderet-deret student beratur nak bertanyakan soalan..soalan pulak,bukannya satu,tapi lebih daripada satu..hehe..ok2,banyaklah dieorang tanya...bagus,bagus..
ditambah pula pengarangnya,pak wisnu,datang khas dari indonesia.
suasana gamat sekali pabila beliau mahu bertutur dalam bahasa melayu..

untuk keterangan lanjut mengenai buku ini, klik di sini-terima kasih..

ok.tadi majlis pertama yang saya hadiri.sekarang,majlis kedua pula
bedah buku-2012,di ambang armageddon
..
alhamdulillah kali ini dapat tempat duduk.tapi duduk kat belakang.
student agak ramai.tapi tidak seramai yang dulu.
dengan harapan,sebelum masuk ke hall,dapat beli buku ni.cari-cari,tak jumpa pula.rupa-rupanya,kali ini,buku tak dapat dijual.ada masalah percetakan.hampa seketika.perasaan hampa sudah hilang pabila dapat sendiri melihat pengarang buku ini.dalam fikiran saya,kenapa bukan pak wisnu yang datang?ustaz khalid yahya pula yang datang..ok,tengok gambar kat bawah ni..

haaaa...saya sudah salah faham.buku yang selama ini saya tengok di bookstore,adalah buku pak wisnu..bukan buku ustaz khalid yahya ...memang buku ini baru sahaja diterbitkan pada 1 syawal yang lepas..tapi,setakat ini,buku ustaz khalid yahya ,belum lagi saya ketemui..insyaAllah,kalau jumpa bukunya,saya akan belikan.mahu bagi hadiah kepada insan yang minati buku ini..huhu..hari lahirnya,sudah hampir..tunggu ya.
alhamdulillah,banyak ilmu,cerita-cerita yang dapat dikongsikan oleh ustaz khalid yahya.lagaknya agak santai amat disenangi oleh pelajar.disentuh juga tips untuk menulis..yang pertama,kena betulkan niat..yang kedua,bangun malam untuk beribadah..

untuk lebih mengetahui buku beliau klik di sini.

dan (2012 is coming,versi terkini) klik di sini.

untuk melihat video yang ditayangkan, klik di sini.

saya tak dapat nak ulas panjang-panjang mengenai buku ini.sebab buku ini belum lagi saya baca..insyaAllah,ada rezeki saya kongsikan bila dapat baca buku ini.

*terima kasih kepada sahabat saya yang sudi datang.terus dapat melawat saya.dan temankan saya di tempat yang penuh dengan rahsia..sekarang dia sudah mengerti kenapa saya suka sangat pergi ke tempat rahsia itu.


Comments