Skip to main content

istimewa itu datang lagi

pagi yang hening, 3.45 pagi, 5 september 2010, ibunda serta ayahanda mengajakku sujud kepada Sang Pencipta.selepas salam terakhir dalam sujud itu,ku tatap lama raut wajah ibunda ku..ohh,tak dapat lagi aku menahan titisan itu.tanganku menyeka seketika titisan itu.tapi semakin lama aku tahan,semakin laju titisan itu jatuh.ya,ibunda amat memahami keadaanku.terus dipelukku dengan erat sekali.sambil berbisik di telingaku,hidup ini perlu tabah,kuat.perlu ada jati diri dalam diri.ingat,Allah itu senantiasa ada disisimu,duhai anakku..

ayahandaku pula,kesihatannya tidak seperti dulu lagi.pada hari yang bersejarah dalam hidupku ini,ayahandaku demam.nasib baik demamnya tidak melarat.tapi,aku dapat melihat di wajahnya mengundang seribu kerisauan memikirkan tentang masa hadapan anak-anaknya.aku sekadar mampu berdoa di dalam hatiku supaya abah bertambah sihat.
amiin ya Allah.

ibunda dahulu pernah berpesan,bila tiba hari ulang tahun kelahiran,janganlah bersuka ria mahu menyambutnya.sebaliknya,pergilah bersua dengan ibu bapa.ucap terima kasih kepada mereka.kerana mereka lah yang menjaga,mendidik kita sehingga sekarang ini.segala pengorbanan yang dicurahkan hanyalah untuk kita.
solat hajat.tanamkan azam dalam diri.sekurang-kurangnya ada perubahan dalam diri yang dapat kita berjaya berubah dari hari ulang tahun yang lepas.ucap syukur kepada Sang Pemberi Rezeki yang selama ini telah memberi kita kesihatan yang baik,iman yang kuat supaya kita mampu lagi bersujud kepadanya.

Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

SONG : mentari hidup-haikal

**terima kasih kepada family-sis dini,sis ata(kek tak siap lagi,huhu),

sis ejie,bro firdaus,faiz..sayang kalian semua

**terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang tidak putus-putus bagi ucapan yang amat berharga bagiku..


Comments