Skip to main content

bagi saya 3 minit, boleh?


Assalamualaikum... Wahai sahabat-sahabat seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... tidak perlu minta izin dah..



Comments

Ibnu Hussian said…
tertarik dgn post yg kt atas 2 hehe..btol2..kerana apabila kite diberi peluang lg utk hdup maka kite masih ad 2 jalan..maka plih la jln yg diredhai Allah..sy nk kongsi 1 pengalaman..2 mggu lepas sy kehilangan nenek tercinta ( Al Fatihah )..blk kg..dan berjumpa dgn seorg ilmuan agama..tertarik dgn kata2nya yg berbunyi.."pengakhiran hidup kita ialah mati..nabi muhammad,saidina Abu Bakar,dan para sahabat pon mati..abu jahal,abu lahab,firaun pon mati..tp adakah mati 2 golongan ini sm?..namun skrg kite mempunyai 2 pilihan..kite nk mati mcm golongan mana?..pilih la"..sgguh menusuk kalbu kata2 itu..namun ape2 pon pilihan di tgn kite..selamat beramal kerana apabila umur semakin bertambah maka kite semakin menghampiri mati atau bhs mudah..mati itu semakin dekat menjmput kite..sekadar peringatan utk ana n semua sahabat2 islam ku..ayuh bangu..adeeeeiii da rs cam blog sendiri lak hehe..ape2 pon slmt hari ry n selamat beramal utk saki baki bulan berkat nie..doa kan trip ana utk pulang ke kg selamat..amee...
Nur Hidayah said…
alhamdulillah,terima kasih sudi berkongsi cerita yang amat tersentuh juga hati ini.

moga kita sama2 mendapat jalan tergolong golongan yang mulia kelak,amiinn..

alfatihah juga buat nenek.

insyaAllah..selamat beramal juga.

-tak salah merasa blog ini blog sendiri.tulis sahaja apa yang kamu mahu..tidak mengapa.saya kenal siapa kamu..huhu..

*selamat hari raya maaf zahir dan batin...jaga diri.kalau drive,drive molek2..kirim slm kat keluarga.kalau de rezeki,singgah rumah ye..

* this is ur nice comment,actually-in my blog..
tqvm ^_^
teacherpiqah said…
salam cik cahaya petunjuk..
mohon izin nak share entry kat atas..
best la!..
it's all about how strong our akidah is..n how much we depend to Allah..mudah2an kita semua termasuk dalam golongan 20 org tu..
Nur Hidayah said…
wslm..

iyee..silakan share..

terima kasih...saya pun sebenarnya share dengan sahabat blogger saya..

insyaAllah,may Allah bless us always..amiin..