Skip to main content

upin ipin saya


suara kecil itu merengek-rengek memanggil nama saya.saya hanya memandu sahaja kenderaan itu.matanya sudah liar memandang di luar tingkap kenderaan.saya tahu apa yang difikirkannya..tak sempat saya cakap apa-apa,dia sudah mencelah.

"cik ya,berhentilah kat petronas,nak beli ultraman dua je,
air vitagen satu, aiskrim satu"

"adik nak pergi giantlah..mcdonald.."

***

maghrib itu,selepas mandikan budak kecil ini,
saya pakaikan baju melayu kepadanya.
dengan pantas dia berkata,

"cikya,baju melayu ni,kalau pakai,kena pergi masjidlah.."



saya menjawab,"siapa nak ajak haziq pergi masjid?.."

sambil tersenyum"alah,pak su ada,tokki ada.."



"haziq,puasa tak hari ni?"

"haziq puasalahh.."

(padahal kat tangan pegang gelas yang penuh dengan air..)


pernah hari itu,abah tanya kat haziq.

haziq,apa nama pak su?

dia jawab,"paksu nama dia, puyen"

abah,"laa..siapa yang ajar tu?"

"cikya yang ajar"

"puyen tu nama baru,nama lama dia pak su laahhh..."

***

aduyai, haziq,haziq...bila lagi boleh bertemu?



Comments

Muhammad Afifi said…
comel..hehehe ank buah ae?
Nur Hidayah said…
comel?..tgk la sape aunty dia kan?

wink,wink