Skip to main content

couple yang baik

baru sahaja tadi,keluar dari rumah.mahu mencari sesuatu yang boleh di buat berbuka.pergi secara single..owhh,sekarang ini hidup saya amatlah single...huhu..berbuka,bersahur semuanya bersingle..bila lagi mahu berdouble entry ni?.huhuhukkk...

ok,lupakan pasal single mangle ni..sambung cerita tadi..

sebelum sampai kat bazar lagi,saya tertengok cafe kat bawah rumah saya..ermm,usha dulu lauk kat sini..boleh tahan la lauknya..then,ada satu couple ni..sangat sweet,pegang-pegang tangan..cakap dalam bahasa omputeh..fish la,vegetable la,chicken la..sibuk je nak pilih lauk dengan saya.saya duk sebelah couple ni..yang lelaki tu pun bayar la..hmm,beli ikan keli.seekor sahaja..dari tadi sibuk pilih-pilih,pilih ikan keli je?..huiii...

saya tak jadi nak beli lauk.order mee bandung sahaja.sudah jemu makan lauk-lauk begini..saya pun duduk kat kerusi.penat berdiri tengok lauk-lauk yang banyak..saya ingatkan couple ni lepas bayar ikan tu,balik rumah dieorang.

tiba-tiba,datang seekor kucing parsi yang bulunya tidak kembang mana.huhu..cian pulak..dulu pernah jumpa kucing ni kat tangga rumah.dulu nampak kurus sahaja.sekarang sudah berbadan dua.huhu..alhamdulillah..sudah berkahwin rupanya kucing ni..hehe..

couple ni pulak panggil la kucing ni..(berbahasa inggeris,ya..)..dan bagi ikan keli tu kat kucing tu..apa lagi..kucing tu terus la bersorak sambil bertepuk tangan-imaginasi saya..

rupa-rupanya,couple ni beli ikan keli tu hanya nak bagi kucing tu makan..huhuhu...sangat-sangat tak sangka saya...rasa macam tak percaya sahaja asalnya..

lepas tu,dieorang pergi sahaja sambil berpegangan tangan..ish,ish...bahagianya saya tengok..tuan punya cafe,tengok sahaja gelagat couple ni..yelah,mungkin dia tak pernah tengok orang lain buat apa yang mereka buat..beli makanan kat cafe,then bagi kucing makan secara terang-terangan..di tengah-tengah cafe pulak tu..nasib baik pelanggan cafe tak ramai lagi..

pengajaran hari ni : BERSEDEKAH ITU AMALAN MULIA

*couple yang saya tengok ni, non-muslim..(indian)..

-bagaimana pula dengan kita yang berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini?

-sudah bersedekah?

Comments

Muhammad Afifi said…
sweetnya kucing 2...hihihi ^_^
bole ke komen cm 2..hehehehe ^_^
ai..mcm dah dekat je seruan 2...cite double entry plak..ehem2..hahaha
Nur Hidayah said…
kucing ni mmg la sweet...macam tuan blog ni..haha..

double entry tu,dlm biz accont laa..tiada kaitan dengan hidup guaa..hehe
Muhammad Afifi said…
gua ae... hihihihi =) baik cik..
Nur Hidayah said…
huhu..terigt lak kat shbt saya..

bila fifi panggil saya cik..

dimana la dia sekarang ni?..

lama dh dia tak bagi komen kat sini..

dulu ada je..

sekarang dh x nampak dah..

huhu... T_T
Muhammad Afifi said…
xpe sy ganti dia..pasni setiap post sy komen keyh..hihi ;)
Nur Hidayah said…
xleh la ganti dia..

dia baik dgn saya..huhu..ehem2..

leh jadi juri la..pandai komen..
fatin azmina said…
sape yg xleh ganti 2 d?pandai lop mu fhm bhasa kucing d...ish3..x pyah nk double2,triple trus d..huhu
Nur Hidayah said…
fatin :

haha..aku reka je tuh..mestilah pandai bahasa kucing..aku peminat tegar kucing maa...
triple?..ramai sgt..hehe..

fifi : ^_^