Skip to main content

hari ini saya menanam pokok

salam sejahtera semua.hari ini saya telah berjaya menanam sebuah pokok di dalam bilik saya.
pokok ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk tumbuh dengan sihat.anda tidak perlukan sebarang baja,pollyback,tanah dan yang berkaitan dengan alat menanam pokok.
tidak percaya akan kata-kata saya ini?

nah,tengok la dengan mata dan kepala anda sendiri.yang pakai cermin mata,sila lap dahulu cermin mata anda.takut-takut kabur ke nanti..yang pakai lens,haaa..sila pastikan lens anda tidak senget ke..okay,okay..boleh tengok sekarang..

wah,tersegam indah si milky ini..ini milky kesayangan saya.hanya ada satu sahaja.tiada dua atau tiga atau seratus..nampak tak pokok itu?

okay,kita pergi gambar seterusnya pula..
(nada macam cikgu bawa anak-anak murid pergi lawatan kat muzium)



haaa,ini kawan baru kepada milky saya.sangat sweet.dieorang ni dah kahwin.sebab tu duduk dalam sangkar macam duduk atas pelamin..huhu..nama dieorang belum di label lagi.sebab dieorang ni kena sertai minggu taaruf anjuran saya sendiri selama 2 hari..harap maklum ya.

gambar seterusnya,


inilah hasil tanaman saya hari ini..sangat segar pabila di pandang lama-lama.kepada siapa yang berminat,jangan email kepada saya,atau cuba membuat tempahan di dalam shoutbox..sebab,saya tak menjual pokok ini.saya hanya tahu membeli sahaja di kedai yang berhampiran..

sekian,nak basuh tangan jap.tanda sudah siap tanam pokok..hehe..

~cintailah alam sekitar,anda mampu mengubahnya~




Comments