Skip to main content

saya gembira memasak

salam semua!(nada gembira,dan sambil lompat sikit-sikit)..bagi salam sahaja.bukan dapat hadiah pun sampai nak lompat-lompat.sudah,duduk diam-diam sahaja.hanya baca blog kot.

huhu,entry yang lepas..saya buat statement macam artis nak berkahwin.tulis dalam tulisan besar-besar,tulisan merah-merah..hahaha..betul,saya amat penat sekali pada 2 hari yang lepas.walaupun tiap-tiap hari saya akan sign in blogspot.tapi,saya hanya mampu melihat sahaja.tidak mampu lagi mengetuk keyboard untuk menyusun kata-kata yang hebat untuk anda semua.siapa cakap,pindah rumah tidak penat???..penat bagai nak tercabut semua kaki,tangan dan segala..fuhh..dah la saya ini jenis susah sangat nak susun barang.letak kat sini tak kena,letak kat sana tak kena..last,last,saya letak sahaja.haha..mencabar betul hidup di rumah sewa..dulu,senang sahaja.duduk di kolej.semua dah disediakan.sekarang tiada lagi semua itu.kena buat sendiri maaa..

contoh pada hari ini,saya dan kaum kerabat saya yang tinggal satu bumbung saya sekarang ini sudah berjaya membeli gas..dah hampir satu minggu tinggal di rumah ini,baru hari ini dapat beli gas.nampak sangat baru hari ini dapur ku sudah BER'ASAP..huhu..pada mulanya,malas lagi nak memasak hari ini,nak tempah sahaja nasi goreng di restoran yang berhampiran..dengan takdir Allah,kedai itu tutup..pulakk...saya pun apa lagi terus menjadi Chef Two..bukan Chef One..hehe..

tengoklah di bawah ini:

ok,tekan la kat butang play itu.pasti anda akan dapat tengok macam mana saya memasak..
sebelum tekan,bismillah dulu..huhu


tak boleh ke tekan butang play tu?sudah,sudah,tak payah tekan lagi.
itu hanya sekadar gambar hiasan..kuikui..


tadaaa! nah,sila makan sekarang..ada satay lagi kat sebelah tu..


jangan nak berangan la nak makan mee tu dengan satay segala..googled sahaja gambar itu.
gambar yang atas ini baru betul..


(mee hoon single a.k.a bujang)..tanpa ayam+sayur+bahan-bahan hiasan

esok,saya dengan izin Allah,saya akan mengikuti lawatan sambil berilmu di putrajaya atau di klia..lawatan sempena program ALSP..arabic language support program..
saya akan buat laporan tentang lawatan ini.stay tune..
sekian,kita balik ke sri pentas..
terima kasih..

Comments