Skip to main content

sue punya cerita

Assalamualaikum wbt..


watak utama : sue


watak tambahan: bella&ita

Seusai sahaja aku keluar dari bagunan yang paling besar di nilai iaitu,Stadium Tertutup Nilai.perasaan yang amat lega.selepas berperang di dalam stadium itu..aku berperang dengan principles of marketing tadi..segala bahan-bahan ketika aku berperang tadi aku gunakan sampai habis..habis sehabisnya.dakwat pen,pemadam,pembaris,pen dan otak aku sendiri.aku perah jugak la otak aku ini..semata-mata ingin kemenangan pada hari kelak..dan pabila kaki ku bergerak keluar,awan kelihatan bertukar warna..kelihatan berat sahaja.kasihan awan itu..tapi,itulah kerja awan..terpaksa kandung air yang telah disedut..alah macam minum air guna straw..kan,kan?..ok,lepas aku syok-syok tengok awan yang berat itu,seorang sahabat datang..

‘kak,dayah,nak pergi x pasar malam?’..cicut tanya bersama baju kurung pink jalur-jalur yang dipakainya.tampak cantik dan sesuai dengannya.lembut sahaja pabila dia pakai pink..

‘erm,x nak la kot.sebab tengok tu awan..beratkan?’..aku cakap dengan nada yang tenang,tapi dalam hati.hahaha…

‘pasar malam?x nak pergilah..cicut pergi lah.’..haa..baru aku cakap guna mulutku sendiri..

‘alah,akak,jom lah..ke ada plan lain ni?’..asak cicut lagi.berdegil nak ajak aku ikut dia..

Aku memberi senyuman yang amat manis sekali dan menolak pelawaan dia..ermm,dia ok sahaja pabila aku menolak..hehe..

Selepas itu,aku bergegas ke kenderaan aku.warna ungu itu..sampai sahaja kolej,awan itu sudah memuntahkan apa yang dia nak muntah..daaaahh hujan …

W890i berbunyi memanggil aku..aku buka inbox.

‘kak dayah,jom pergi pasar malam.kita naik kereta ita.jomlah..pergi lepas maghrib ok?’…PULAK..roomate aku,bella message aku..

Aku pun terus ke rumah aku.dan membuat beberapa perancangan..perancangan yang tiba-tiba..kebetulan sangat-sangat, SUE,housemate aku,besday dia hari yang sama..

Apa lagi?..sue berteriak(huhu..): nak pergi pasar malam!!!..

Laaa..aku yang tadi beria-ria tolak pelawaan Cicut..konon nak study la malam tu..padahal ada 2 hari gap..terus mengambil keputusan,….JOM PERGI PASAR MALAM..

……………………….

Sebelum keluar rumah,Sue merakam kami menyanyi lagu besday kepadanya..lalalala..lepas nyanyi,baru gerak…

Kami punbergerak maju,ke pasar malam..beli itu,beli ini..semasa membeli,tersempak pulak dengan classmate..muiz,hamzah,halim..

Halim; korang datang pasar malam dengan apa?datang dengan siapa lagi?beli apa?

(wah,soalan macam warden asrama sekolah aku dulu sahaja.tapi mukanya penuh dengan perasaan ambil berat,ok,ok..itu aku suka..haha)

…………………..

Puas kami jalan kat pasar malam,cadangan seterusnya makan tom yam kat S.R..perghhh..makan tomyam yang paling sedap..tapi konsep SHARING IS CARING kami amalkan..2 mangkuk tom yam sahaja kami order..huhu..ok la,share-share..makan kat sini sebab nak raikan besday Sue..sue,sue..kelihatan sangat gembira.

………………

Selepas itu,kami bergerak pulang..bersiap pulak untuk jamuan besday sue yang ke-2..huii..sampai 2 kali jamuan diadakan dalam masa satu hari.nampak cute pabila sue pakai topi pemberianku..topi besday..heheh..majlis habis pada pukul 12 malam..semua kelihatan gembira.padahal exam final belum habis lagi ni..

Sudah,sudah..cerita ini berhenti kat sini sahaja.tidak boleh cerita panjang-panjang..nanti lepas final,aku nak tulis novel dalam blog ini..waahhh..berangan sahaja kamu ini,cahaya petunjuk..The end..

pengarah cerita,

Comments