Skip to main content

bantu abang

kedengaran suara abang saya,memanggil..yup!saya menyahut..haa,nanti pakai baju cantik-cantik,biar warna baju tu terang-terang..ok,boss jawab saya dengan gumbira lagi ceria..nanti tolong sekali bawa props..penat abang idoh beli..baik!jerit saya lagi..
entry saya berhenti seketika selepas saya ber'date' dengan...haa,baca sendiri di entry saya yang lepas..sebab saya sekarang tengah bercuti dan ber'holiday' di halaman kampung yang aman lagi damai,terengganu bestari ini.cuti ini agak lama bagi seorang pelajar di usim kerana ini adalah cuti mid sem..only 1week!..selama ini cuti weekend sahaja yang mampu diberikan oleh pihak universiti saya..
ok,lupakan pasal itu semua..sekarang nak sambung balik cerita perenggan yang pertama tadi..seminggu sebelum abang saya pulang ke rumah,dia telah bagi peringatan kepada kami adik beradik bahawa kami akan membantu dia dalam bisnesnya..bisnes apa?..bisnes apa?..dan bisnes apa?..bisnes yang dahulunya kecil-kecilan,sekarang sudah besar-besaran..yelah,bisnes apa?ok,saya jawab sekarang.bisnes fotografi..hmm,abang saya ni amat gemari bisnes ini..kegemaran ini dapat dibentuk dalam dirinya selepas dia membeli kamera SLRnikonD90..saya pun amat gemari dalam bisnes ini pabila saya pun mempunyai kamera ini..opsss!..sorry-sorry..terlebih sudah..saya x mampu la memiliki kamera ini..saya hanya mengikuti bengkel fotografi je baru-baru ni..
kami adik beradik ditugaskan menjadi model sukarelawan untuk photoshoot outdoor..dan juga menjaga makan pakai seorang model yang terkenal di kalangan keluarga saya..iaitu AHMAD HAZIQ DANIEL AHMAD HAZUAD..panjang sungguh nama..kami bersiap-siap dan bertolak ke destinasi yang dirancang,pantai batu buruk dan lagoon kuala ibai..sebelum sampai,drop by dahulu adik saya yang tinggi lampai kat hostel smaasza..(my old school)..then,kami sampai dan shooting bermula dengan jayanya..


tengoklah driver kuda ini..hebat bukan?



layang-layang haziq merupakan props tambahan..




x pasal-pasal kena pegang cubid




dan pegang bunga tiruan ini



kakak yang caring kepada model kami...



macam model tudung..kak eji.



gembira dan ceria(abah suka perkataan ini)



akhirnya jumpa jugak,jambatan gantung



Thanks to all the actors for making it so amazing!!!


shooting ini selesai hampir pukul 7.30p.m..then kami pergi solat dan makan di sebuah restoran makanan segera di antara giant dan mydin mall..kami makan disini atas permintaan model kami,haziq..walaupun penat senyum dan ketawa dan posing-posing,saya amat berpuas hati dengan hasil tangan abang saya...

***siapa-siapa yang berminat,jangan malu-malu untuk log on to
http://qberphotography.weebly.com/index.html

tidak rugi membantu orang,



Comments