Skip to main content

aku sayang tok


16.01.10,sabtu

aku : tok,dyh nk balik kl ni..(sambil salam mencium muka tok yg semakin cekung dan aku dapat rasai tulang rahang di mukanya)..air mataku sudah mula bertakung..tiba-tiba empangan air mata aku pecah akhirnya..aku cepat2 kesat dengan tanganku,aku toleh ke belakang,rupanya abah ku melihatku disebalik langsir pintu itu.

abah : haa..dayah,salam baik-baik tok tu..teringat abah lagu yang selalu radio ikim.fm keudara..dulu tok yang jaga dayah,sekarang dayah jaga tok..(sambil senyum kepadaku dengan penuh bermakna)

aku?melihat raut abah,hati aku meronta-ronta mahu menangis.tapi,aku tahan,tahan,dan tahan..tidak mahu timbul situasi air mata ini berlarutan..

tok : dayah balik ye,mggu depan pulak..tengok tok..(matanya terpisat-pisat cuba melihat wajahku dengan jelas dari pandangan matanya yang sudah lama berkhidmatkepada dirinya)

aku: insyaAllah..kalau x ada apa-apa,dayah balik la minggu depan..


24.01.10,ahad
(aku x jadi pulang pada minggu ni,ada kelas da`wah hari jumaat,aku dah ceritakan pada entry yang lepas)

aku : rasa2,macam nak balik rumah la hari khamis ni..aku terus msg kak ata..bagi tahu mahu pulang ke kampung halaman.

kak ata : dayah,bagus la nak balik...ni,tok dh mula cakap sorang-sorang pasal dayah..hari tu tok demam..lain kali kamu janganlah janji nak balik..kan susah kalau jadi macam ni

..aku amat faham sangat dengan perasaan tok sekarang..tok x ada lagi teman untuk bercakap..dahulu,semasa aku tunggu keputusan ke IPTA,aku selalu bercakap dengan tok..kadang-kadang aku mengaji Al-Quran di sebelah tok..

tok cakap:biarlah tok x nampak mana tulisan Al-Quran tu,tapi tok dapat dengar..

aku pun mengaji la dengan nada kuat sedikit..sungguh sayu hatiku pabila aku mengaji di sebelahnya..sampai tok tertidur pun ada..lepas aku mengaji,tok pernah jugak bagi nasihat;

belajarlah sungguh-sungguh,x rugi belajar tinggi-tinggi..mengaji Al-Quran selalu..untung budak-budak sekarang boleh belajar mengaji Al-Quran dan membaca tulisan rumi...zikir selalu..kalau hari jumaat:الله الكبر,hari sabtu:ل اله الا الله...dan seterusnya..

insyaAllah,aku akan ingat segala nasihat-nasihat tok..

(dh x dpt taip lagi ni..air mata mencurah bagai air hujan..)

aku sayang tok kerana الله ,


Comments