Skip to main content

Posts

hoooohoooliday

assalamualaikum wbt. hai belog. lama betul tak update. cakap pasal hooohoooliday ni, sebenarnya, sekarang, susah betul nak holiday. nasib baik ada urusan di fakulti baru-baru ni. fuh. lega. dapat selesai semua urusan. alhamdulillah. hanya Allah sebaik-baik penolong dan memudahkan segala urusan. minggu ni sv dari fakulti dah nak datang melawat. aduyai. report malas gila nak buat. huhu. kan best ada assistant menaip report. haha. lambatnya kakak JUN nak sampai! 

sabtu dan jumaat

 jumaat:  tersungkur. huhu. tulah. sepandai-pandai dia ni terbang, akhirnya, jatuh juga. tapi gambar ni sebenarnya sebelum layang-layang ni tersangkut pada pokok rhu tepi jalan. huhu. kesian kat dia. aisyah terlepas tali. nak buat macam mana lagi. tak ada rezeki dah nak main layang-layang ni. ama ikut kali ni. adik-adik kak zura pun ada. meriah. semua dah ada layang-layang.  sabtu: ict! warung pok nong, pantai batu rakit. kali pertama datang sini.  jumaat dan sabtu kali ini, penuh dengan berjalan dan makan. esok lagi lah. berjalan dengan kawan-kawan baru! insyaAllah, dapat pengalaman baru. moga Allah permudahkan segalanya. amiin. *taip sikit sahaja entry ni. tiada mood. biarlah, aku dengan duniaku. 

hari sabtu lagi

yeay! hari sabtu dah hari ni. minggu pertama pada bulan mac di tempat intern, dah mula okay dah. banyak kerja dah boleh buat sendiri. dan juga account pun boleh buat balance sendiri. hehe. alhamdulillah. berkat usaha selama sebulan duduk di bawah bumbung pejabat tu. well, today is saturday! cuti beb. so, jalan-jalan. buat terapi diri sendiri. petang jumaat, bawak anak-anak pergi playground. tengok anak-anak bermain. seronok la haziq ecah. lepas tu dapat minum susu segar lepas main playground, lagi lah seronok. pagi tadi, kak ejie sampai rumah! birthday girl sudah sampai. birthday girl yang terakhir sebagai bujang kata kak ata. haha. tahun depan dah tak bujang lagi, insyaAllah. may Allah bless kak ejie. dan juga untuk kak ata dan juga diri sendiri. hehe. amin ya Rabb. lebih kurang pukul tiga petang yang panas tadi, bercadang mahu keluar. nak makan-makan angin. sebelum makan angin, singgah di sini dahulu. beli layang-layang!  dari aku kecik, sampai la aku dah besar ni, du...

sayang sabtu!

sayang sabtu! sayang hari sabtu la! huhu. satu-satunya hari yang boleh bercuti. bos dah bagi warning. tak boleh minta-minta cuti kecuali ada mc. huhu. bos. saya perlukan cuti. saya nak rehat. saya tak nak hadap muka saya ni kat depan pc, depan kertas, depan fail-fail yang tebal tu lagi. tolong lah bos. tapi apakan daya. bos tak akan baca belog ni. huhu. tak apalah. saya yang baca, saya yang buat keputusan. haha. entah lah. keputusan apa la kamu ni cahaya. hampir satu bulan dah berlatihan industri. pengalaman jadi akauntan memang hebat. hebat bermain nombor. salah taip sebijik nombor, terus dapat kesan. aduh. saya tak buat lagi report. macam mana ni? busy seh. balik kerja, drive sepanjang 40km lebih, baru sampai opis (sebab guna highway, memang lah jauh).. ceh. mengadu domba nampak. bukan mengadu, nok kabo wi je ni. sebenarnya, walaupun dah berlatihan indusrti hampir satu bulan, tapi saya tak melawat lagi bilik hotel. duduk dalam opis tu je. dah macam bilik kebal aje tengok opis financ...

i love it

pheww... cantik. sedap. huhu. i love it. Recipe adapted with some changes made from : Tartelette For the cupcakes:  (Makes 18-24 cupcakes) 1 1/2 cups self-rising flour 1 cup all-purpose flour 1/4 cup ground almonds 1 cup unsalted butter, softened 2 cups sugar 4 large eggs, at room temperature 3/4 cup milk 1/4 cup rose water 2 tsp rose essence 24 whole lychees (you can either chop them or put them whole) Wilton Rosa Gel Coloring Preheat oven to 350 degrees.  In a small bowl, combine the flours and set aside. In a large bowl, on the medium speed of an electric mixer, cream the butter until smooth.  Add the sugar gradually and beat until fluffy, about 3 minutes.  Add the eggs, one at a time, beating well after each addition.  Add the coloring to the milk+rose water Add the dry ingredients in three parts, alternating with the milk+rose water.  Do not overbeat.  Carefull...

kenangan jadi junior

kalau jadi junior, mesti lah kenangan pada tahun satu masa degree. macam-macam kenangan yang ada. beratur panjang-panjang nak naik bas ke kampus. dah la kena pakai baju minggu taaruf yang warna biru tu. pepagi buta dah beratur. macam pekerja kilang pun ada nampak gayanya. hihi. kesian pulak. tapi, kenangan tu la yang mengajar tahap kesabaran mental dan fizikal untuk naik bas sampailah ke tahun 4. haha. gigih benor naik bas kat nilam. lepas tu, first time dapat tinggal di kolej kediaman. alhamdulillah. selesa. walaupun course saya diletakkan di bilik yang ketiga. tahap kecilan bilik sama tahap dengan bilik stor. huhu. tapi saya bahagia dengan roomate saya, bella talib. ^_^ kenangan yang paling saya tak lupakan adalah pabila polis Trafik usim datang menggeledah rumah. aduii. memang kenangan. tak sangka pak cik boleh panjat tingkat empat. hehe. ini semua disebabkan laptop seorang student hilang. habis satu kolej pak cik polis menggeledah. termasuk la bilik aku. hihi. kelakar. ...

pasir mas punya citer

lamanya tak pergi kelantan. huhu. pergi kali ni, untuk kenduri kahwin kawan kak ejie. saya pun dapat jemputan ke majlis ni. siap dapat kad lagi. sesat kemain lagi sebelum nak sampai rumah pengantin. huh. peta di kad jemputan lain dari yang lain. huhu. tapi, dapat sampai jugak, ok la kan. dalam kereta, main iphone. iphone kak ata. haha.  nak jugak tulis kota bharu tapi dapat melor. haha. melor pun melor la. haha.  jumpa lagi kelantan. hihi.

kunjung balas trip #last day

hari terakhir... singgah anggerik impian. minum air kelapa muda.  rajin pulak staff buatkan air kelapa muda yang ada pokoknya di depan anggerik.  bergambar di lobi utama. suka sangat anggerik.  bersih katanya. orang cina suka akan lantai yang licin  dan berkilat sampai boleh buat cermin. huhu. sebelum hantar ke airport, singgah la kat pantai.  2 pantai pergi. satu batu buruk, satu lagi kat lagun. qasim lukis. cute ! bayang-bayang diri sendiri dengan sophia. sweet couple forever  hasil kutipan mak ayah sophia. sempat tengok orang kaya naik kuda first time emak sophia sampai ke pantai. selama dia hidup, tak pernah lagi ke pantai. kesiannya. suka sangat dia bila dah bawa ke sini. banyak benar dia kutip kulit kerang. nak buat kenangan katanya. saya suka gambar ni. macam anak beranak aje. gambar bersama dengan keluarga mertua. ehem. jumpa pak cik yang sedang menangkap ikan. ayah sophia siap bersalam lagi. ...

kunjung balas trip #4th day

#4th day : Kenyir Dam (dem kenyir) gambar ni guna dslr qasim. cantik jadinya air terjun tu.  sebab guna manual setting. hehe. siapa yang setting? aku lerrr.. (errrkk...perasannya). haha. ama, abah pun sekali photoshoot. kemain lagi berposing. super mommy senyum memanjang amoi. stokin basah. kasut pun basah.  duduk la kat situ selama setengah jam. qasim, qasim.   malam terakhir, abah belanja makan kfc.  satu baldi beli ayam goreng. khas buat qasim. huhu.  suka sungguh dia makan fast food. bersambung lagi...