Skip to main content

Posts

"It's So Fluffy"

dapat arahan dari boss. walaupun dah tak kerja kat anggerik. "ambil budak kat sekolah.baby bawak la sekali" "abah balik rumah lambat.nak ambil puyen kat asrama." "baik abah." lepas tu menggelabah cari kunci kereta. cari bakul nak letak baby dalam kereta. baby tidur. terus angkat dia masuk dalam bakul. cuaca macam nak hujan. bila keluar dari rumah,hujan dah renyai-renyai. aiseh. hujan pulak. nanti nak beli nasi ayam lagi. nak bawak baby lagi. nak bawak haziq lagi. ah.daripada penat fikir,baik ambil gambar. pasti semua masalah selesai. hehe. terus bukak mata dan senyum tak henti-henti bila dia tersedar dirinya dibawa oleh kenderaan pacuan 4 roda abah. p/s: kak long.dayah tak ingat letak tilam kecil dalam bakul ni.haha. semua cikgu kat sekolah haziq hairan. kenapa haziq kena duduk kat belakang. saya berkata dengan eksen.hehe "saya bawak baby hari ni,cikgu." cikgu-cikgu berkata dengan takjub. "owh.ada baby rupanya ibu haziq ni." (ok.tuan bl...

2,3 hari yang lepas

sudah tamat perkhidmatannya. terima kasih. jasamu dikenang. sekarang dah dapat piring yang baru. hup hup horay. haziq: "abang astro cakap,boleh bukak tv sampai bila-bila" dan dia dari tengah hari sampai petang,tengok star movie. cerita : toy story dan cars. (menonton secara maraton) perjalanan ke masjid. langit nampak lain. ama cakap,rahmat dari langit semua turun ke bumi bila malam nifsu syaaban. insyaAllah.semua rahmat ini adalah miliknya.kita hanya mampu berdoa. rezeki di bulan syaaban: seafood. seafood. seafood. dah hampir tiap-tiap hari makan seafood. akhirnya,dapur kat rumah dah mula berasap-asap dengan berkepul-kepul. ok,jumpa lagi. milky dah dibawa ke kl. harap dia cepat sembuh macam sediakala.

sekian dari saya

3 minggu lepas dan sampai sekarang my milky (laptop puteh) = rosak(entah kenapa tak tahu.jalur warna pelangi je yang nampak) my katil = rosak(haziq loncat-loncat,terus patah kayu kat hujung katil) my tv = rosak(dipanah petir) my astro (yang ada semua pakej,kecuali astro warna) = rosak(sama juga.kena panah petir).lama gila tunggu astro baru sampai kat rumah ni.dah hampir 3 minggu dah tunggu pak cik ah chai tu nak pasang astro baru kat rumah.tapi,tak sampai-sampai.paling sadis,bila pukul 8 malam,orang tengok berita kat tv3,tapi abah gantikan tempat letak tv kepada radio warna putehnya-pasang radio satu.dengar suara pembaca berita yang veteren tu.huhu.syahdu bila dengar berita guna radio.macam zaman dulu-dulu je.huhu) my baju-baju dalam mesin basuh = rosak(sebab haziq letak kad besday masa saya f5 dulu.dia letak dalam bakul baju.saya tak perasan.terus humban baju-baju dalam mesin tanpa sedari ada kad tu.hasilnya..fuuuuhhhh......

petang yang indah

entry ni dah lama duduk dalam draft. tak publish-publish. sibuk. pergi vacation baru-baru ni. vacation yang tiada gambar. haha. yang menyebabkan,tiada bukti yang mengatakan saya ni pergi vacation. tengok la.kalau ada rezeki,kita sama-sama baca entry vacation tu. berbalik kepada tajuk entry. petang yang indah. haha.macam tajuk karangan sahaja. { lama dah tak sebut perkataan "karangan" } bila petang tiba,menghadap la aku di jaring ini. dekat rumah anda semua ada benda ni? sure la.tak ada kan.kalau ada,wah.sama la kita. bila main paintball, seronok. best. rasa hebat bila diri ini dapat menembak sasaran. merangkak,berlari.sembunyi-sembunyi di balik pelampung kuning. teror la.bila kena tembak baru duduk diam.heee.. gambar-gambar yang di atas tu,cuma hiasan. tak ada maknanya tuan blog ni nak main paintball bagai. jogging panjat bukit aje lah yang mampu. hehe. berangan la tuan blog ni nak main. padahal,kawasan tu,dah lama dah orang tak main paintball. saya suka pemandangan ini. bila...

suatu perjalanan hebat

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah...

budak kecik pun boleh menang

belambak dapat message hari tu. "cik cahaya.kenapa dengan blog?" blog. blog. dan blog. tak sangka pulak ramai peminat yang caring akan saya. eh,salah.akan blog ini. hehehe. nak jadi satu cerita,sebelum terjadinya peristiwa tiba-tiba font dalam blog ini membesar dengan sihatnya, tuan blog ini rajin bebenor setting font. tengah asyik-asyik edit,kak ata datang. "weh,jom la jogging.sudah,sudah la tuh.berbelog sangat. jogging pulak.majulah sukan untuk negara.." sudah di laungya seruan sebegitu rupa,apa lagi,terus shut down. tanpa preview apa-apa. ada ke patut.dan malam tu,terus ke nilai.ada urusan rasmi di sana. nak tahu apa rasmi sangat urusannya? haa..baca dulu tajuk entry ini. dan tengok tayangan multimedia di bawah. wahh..bagus.ikut kata "adik" cikgu..hehe. yeah.menang. tahniah,tahniah.dapat printer tu. alhamdulillah.dapat join jugak program ini. join dari belakang tabir. tolong adik-adik buat multimedia. well done kepada sis ejie,kak ana, faris,syukri,alya...

pantai lagi-lagi

dah beribu kali dah taip perkataan PANTAI dalam entry. macam la pantai tu depan rumah.bila bangun tidur,buka tingkap,terus nampak laut yang bergelora.fuhh.best pulak kalau dapat rumah betul-betul macam tu.tiap-tiap hari la berenang macam ikan.berenang?pandai ke?..malam tadi.hujan lebat kemain.bukan main-main lagi.sebab petir sambung menyambung tepat pada pukul 12 tengah malam.bilik tidur yang asalnya gelap,jadi cerah sebab banyak sangat cahaya kilat kelihatan.Subahanallah. esok paginya(hari ini),cuaca ok kembali.hari ini hari ketiga bekerja.tugas sudah mula menjadi ringan.disebabkan diri sudah bersedia menerima tugasan.bos langsung tak masuk pejabat.tinggal tuan blog sorang je yang terkebil-kebil kat pejabat pagi tadi. hari ini jugak,anak kat tadika,balik awal.lebih kurang pukul11 pagi. lima minit sebelum pukul11 pagi tadi,bos telefon.ajak pergi suatu tempat. horayy..boleh balik awal kerja hari ini. guest hari ni pun ok.siap ada nama macam teman lama.hehe. ingatkan teman lama itu chec...

kek cokelat vs pengat pisang

1.sediakan alat-alat nak buat kek. p/s: untuk kak ata-alat nak buat pengat pisang tidak termasuk.hehe. 2.pukulkan telur sampai naik gebu dan putih. 3. masukkan tepung kek cokelat yang dah siap di adun. masuk secara perlahan.jangan nak cepat-cepat. lepas tu,masukkan mentega dan sedikit asen vanilla. 4. lupa nak bagi tahu.sebelum buat apa-apa,panaskan dulu oven. pastikan rumah anda ada oven. hasilnya... ... ... ... jadi ke kek ni? kali ni,macam tak jadi mana keknya. disebabkan tepung lama. bar cokelat untuk buat moist pun yang lama. tak apa lah. ama cakap,bila dah ambil gambar,mesti nampak sedap. padahal..haha. tuan blog dan ahli rumahnya saja yang tahu. ok..lah. bagi lah tengok hasilnya... ... ... baca Bismillah dulu. nampak sedap ke? sila la bagi komen. kalau nampak tak sedap,jangan komen.tengok je.ok. haa..tiba-tiba datang kak ata. sibuk dia nak masak pengat pisang. bau aroma dapur dah bercampur aduk. satu,bau santan+daun pandan,satu lagi,bau cokelat yang manis. huhu. dan ama jadi jur...

hari bapa.hari bekerja.

abah bising. huhu. abah bising sebab anak-anaknya,entah kemana la. tak ada sorang pun yang message abah.mms apatah lagi. kecuali anak bongsu abah; puyen. pandai pulak puyen kali ini message abah.ucap hari bapa. anak-anak lain?macam mana?huhu. anak-anak lain sibuk.sibuk dengan dunia masing-masing. tapi,sibuk ini bukan tandanya tidak ingatkan pada abah. tiap-tiap habis solat,doakan abah selamat di dunia dan akhirat. doakan abah panjang umur,murah rezeki.doakan abah mendapat keberkatan. malam tadi,belanja abah makan tom yam ikan yang paling sedap in town. abah paling suka kalau anak-anaknya berkumpul ramai-ramai,makan ramai-ramai.masak ramai-ramai.dan juga menolongnya berkerja di anggerik impian. iya.anggerik impian.hari ini sebagai hadiah hari bapa,pagi-pagi dah bangun awal. siapkan anak pergi sekolah dan terus masuk kerja.pada mulanya.aduhhh...rasa malas yang amat sangat.sebab dah lama tak kerja kat anggerik.tapi melihat muka abah yang penuh dengan harapan tu,gagahkan jugak kaki ini jej...

pantai lagi

yelah.pantai. bukan tasik yang penuh dengan rahsia lagi. pantai yang lain pulak kali ini. pantai yang ada abc warna hijau. pantai yang ada jagung manis yang terbakar. pantai yang ada ikan paling terbesar di abad ini-ikan celup tepung. gambar ini,diambil oleh housemate yang jauh datang dari negeri bernombor sembilan. boleh jugak dijadikan sebagai cover novel.hehe.nora elena. ini dia jagung manis. dan juga terbakar. harga rm2.50. jagung ni,beli satu je.yang makan,4 orang. air laut bergelora dengan perlahan. tak selaju macam dulu. cuaca ok.panas. sang oren pulak,tak nampak mana. lindung dengan pokok rhu yang rendang. warna tema hari ini,merah dan pink. tujuan ke pantai adalah hanya mahu menghirup udara segar di malaysia. memang best duduk kat malaysia. dan juga keluar bersama sis ejie. hari ini,terengganu cuti. cuti kemenangan terbesar di malaya. hehe. jumpa lagi di pantai lain.insyaAllah salam. -ganu nelang- (^_^)Y

busu datang

busu ini baik la.datang-datang dari melaka,bawak bekal. bukan bekal untuk dia makan. tapi untuk tuan blog sekeluarga makan. -gambar pertama ni,gambar ikan yang telah digoreng. sangat banyak.sampai tak terkata-kata. dah bawak ikan keli yang banyak-banyak,busu nak masak pulak. tak sempat pun dia nak rehat,terus dia siap-siap nak masak. masak sambal untuk ikan keli tadi.pergghhh...rajin tu. ama.dengan pantas siapkan bahan untuk memasak. tuan blog?buat apa? ada tolong tak? ada.ok.tolong tengok.haha. yeah.menumis.dengan hebat. ama senyum je.tengok busu masak-masak. hasilnya..lauk ni,, khas untuk kak ejie dan kak long.sedapp.. selain ikan keli.sayur mayur yang banyak pun busu bawak. macam pasar tani dah jadi kat dapur rumah. terima kasih ya busu.semua sayur kegemaran abah. "heaven,heaven,heaven" tak lama sikit,ayah sudin pun datang. bawak roti yang enak. ayah sudin cakap,roti ni untuk anak ramai. semua orang boleh makan. dan malam tu,tuan blog dapat hadiah. baju ...