Skip to main content

Posts

suatu perjalanan hebat

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 01. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah...

budak kecik pun boleh menang

belambak dapat message hari tu. "cik cahaya.kenapa dengan blog?" blog. blog. dan blog. tak sangka pulak ramai peminat yang caring akan saya. eh,salah.akan blog ini. hehehe. nak jadi satu cerita,sebelum terjadinya peristiwa tiba-tiba font dalam blog ini membesar dengan sihatnya, tuan blog ini rajin bebenor setting font. tengah asyik-asyik edit,kak ata datang. "weh,jom la jogging.sudah,sudah la tuh.berbelog sangat. jogging pulak.majulah sukan untuk negara.." sudah di laungya seruan sebegitu rupa,apa lagi,terus shut down. tanpa preview apa-apa. ada ke patut.dan malam tu,terus ke nilai.ada urusan rasmi di sana. nak tahu apa rasmi sangat urusannya? haa..baca dulu tajuk entry ini. dan tengok tayangan multimedia di bawah. wahh..bagus.ikut kata "adik" cikgu..hehe. yeah.menang. tahniah,tahniah.dapat printer tu. alhamdulillah.dapat join jugak program ini. join dari belakang tabir. tolong adik-adik buat multimedia. well done kepada sis ejie,kak ana, faris,syukri,alya...

pantai lagi-lagi

dah beribu kali dah taip perkataan PANTAI dalam entry. macam la pantai tu depan rumah.bila bangun tidur,buka tingkap,terus nampak laut yang bergelora.fuhh.best pulak kalau dapat rumah betul-betul macam tu.tiap-tiap hari la berenang macam ikan.berenang?pandai ke?..malam tadi.hujan lebat kemain.bukan main-main lagi.sebab petir sambung menyambung tepat pada pukul 12 tengah malam.bilik tidur yang asalnya gelap,jadi cerah sebab banyak sangat cahaya kilat kelihatan.Subahanallah. esok paginya(hari ini),cuaca ok kembali.hari ini hari ketiga bekerja.tugas sudah mula menjadi ringan.disebabkan diri sudah bersedia menerima tugasan.bos langsung tak masuk pejabat.tinggal tuan blog sorang je yang terkebil-kebil kat pejabat pagi tadi. hari ini jugak,anak kat tadika,balik awal.lebih kurang pukul11 pagi. lima minit sebelum pukul11 pagi tadi,bos telefon.ajak pergi suatu tempat. horayy..boleh balik awal kerja hari ini. guest hari ni pun ok.siap ada nama macam teman lama.hehe. ingatkan teman lama itu chec...

kek cokelat vs pengat pisang

1.sediakan alat-alat nak buat kek. p/s: untuk kak ata-alat nak buat pengat pisang tidak termasuk.hehe. 2.pukulkan telur sampai naik gebu dan putih. 3. masukkan tepung kek cokelat yang dah siap di adun. masuk secara perlahan.jangan nak cepat-cepat. lepas tu,masukkan mentega dan sedikit asen vanilla. 4. lupa nak bagi tahu.sebelum buat apa-apa,panaskan dulu oven. pastikan rumah anda ada oven. hasilnya... ... ... ... jadi ke kek ni? kali ni,macam tak jadi mana keknya. disebabkan tepung lama. bar cokelat untuk buat moist pun yang lama. tak apa lah. ama cakap,bila dah ambil gambar,mesti nampak sedap. padahal..haha. tuan blog dan ahli rumahnya saja yang tahu. ok..lah. bagi lah tengok hasilnya... ... ... baca Bismillah dulu. nampak sedap ke? sila la bagi komen. kalau nampak tak sedap,jangan komen.tengok je.ok. haa..tiba-tiba datang kak ata. sibuk dia nak masak pengat pisang. bau aroma dapur dah bercampur aduk. satu,bau santan+daun pandan,satu lagi,bau cokelat yang manis. huhu. dan ama jadi jur...

hari bapa.hari bekerja.

abah bising. huhu. abah bising sebab anak-anaknya,entah kemana la. tak ada sorang pun yang message abah.mms apatah lagi. kecuali anak bongsu abah; puyen. pandai pulak puyen kali ini message abah.ucap hari bapa. anak-anak lain?macam mana?huhu. anak-anak lain sibuk.sibuk dengan dunia masing-masing. tapi,sibuk ini bukan tandanya tidak ingatkan pada abah. tiap-tiap habis solat,doakan abah selamat di dunia dan akhirat. doakan abah panjang umur,murah rezeki.doakan abah mendapat keberkatan. malam tadi,belanja abah makan tom yam ikan yang paling sedap in town. abah paling suka kalau anak-anaknya berkumpul ramai-ramai,makan ramai-ramai.masak ramai-ramai.dan juga menolongnya berkerja di anggerik impian. iya.anggerik impian.hari ini sebagai hadiah hari bapa,pagi-pagi dah bangun awal. siapkan anak pergi sekolah dan terus masuk kerja.pada mulanya.aduhhh...rasa malas yang amat sangat.sebab dah lama tak kerja kat anggerik.tapi melihat muka abah yang penuh dengan harapan tu,gagahkan jugak kaki ini jej...

pantai lagi

yelah.pantai. bukan tasik yang penuh dengan rahsia lagi. pantai yang lain pulak kali ini. pantai yang ada abc warna hijau. pantai yang ada jagung manis yang terbakar. pantai yang ada ikan paling terbesar di abad ini-ikan celup tepung. gambar ini,diambil oleh housemate yang jauh datang dari negeri bernombor sembilan. boleh jugak dijadikan sebagai cover novel.hehe.nora elena. ini dia jagung manis. dan juga terbakar. harga rm2.50. jagung ni,beli satu je.yang makan,4 orang. air laut bergelora dengan perlahan. tak selaju macam dulu. cuaca ok.panas. sang oren pulak,tak nampak mana. lindung dengan pokok rhu yang rendang. warna tema hari ini,merah dan pink. tujuan ke pantai adalah hanya mahu menghirup udara segar di malaysia. memang best duduk kat malaysia. dan juga keluar bersama sis ejie. hari ini,terengganu cuti. cuti kemenangan terbesar di malaya. hehe. jumpa lagi di pantai lain.insyaAllah salam. -ganu nelang- (^_^)Y

busu datang

busu ini baik la.datang-datang dari melaka,bawak bekal. bukan bekal untuk dia makan. tapi untuk tuan blog sekeluarga makan. -gambar pertama ni,gambar ikan yang telah digoreng. sangat banyak.sampai tak terkata-kata. dah bawak ikan keli yang banyak-banyak,busu nak masak pulak. tak sempat pun dia nak rehat,terus dia siap-siap nak masak. masak sambal untuk ikan keli tadi.pergghhh...rajin tu. ama.dengan pantas siapkan bahan untuk memasak. tuan blog?buat apa? ada tolong tak? ada.ok.tolong tengok.haha. yeah.menumis.dengan hebat. ama senyum je.tengok busu masak-masak. hasilnya..lauk ni,, khas untuk kak ejie dan kak long.sedapp.. selain ikan keli.sayur mayur yang banyak pun busu bawak. macam pasar tani dah jadi kat dapur rumah. terima kasih ya busu.semua sayur kegemaran abah. "heaven,heaven,heaven" tak lama sikit,ayah sudin pun datang. bawak roti yang enak. ayah sudin cakap,roti ni untuk anak ramai. semua orang boleh makan. dan malam tu,tuan blog dapat hadiah. baju ...

mencari damai abadi...(Rejab 1432h)

Yaa Allah, aku amat bersyukur dengan rahmatMu, dengan rezekiMu ... kuatkanlah hatiku, jangan biarkan hatiku sesat ... Maafkan apabila selama ini hamba melampaui batas yang telah kau tetapkan ... Maafkan apabila hamba lupa padaMu ... Hamba cinta padaMu Allah, Hamba rindu akan pertemuan denganMu kelak Yaa Rahmaan, Yaa Rahiim, Ash-Shobuur, Yaa Khalik, Yaa Kabiir ... *** p/s : al-Fatihah buat nenda tersayan g-hajjah e mbat binti yusof . semoga rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman.amin.

mencari damai abadi

dengan izin Yang Maha Pengasih...amiin.

pantai dan dia

semalam.petang isnin yang damai. damai sebab dapat makan aiskrim percuma dan free. dan juga dapat mainan. damai lagi sebab dapat dapat jumpa si oren. dia dah nak tenggelam. tak dapat nak tengok raut wajahnya. bila kaki dah tersentuh dengan air laut, baru tahu,air laut tu,masin rasanya.hehe. sepatu ini juga yang jadi teman. dah nampak buruk. sebab dah banyak sangat dia berjalan. petang semalam,pergi lagi ke pantai yang sama. dapat tengok pasir yang sama.dapat tengok air laut yang sama. bawak sekali anak kesayangan ini. dia nak main bola.tak ada orang yang nak main dengan dia. lagipun,bola tak bawak. nak main layang-layang,tak ada pulak orang jualnya. main lukis lukis la jawabnya.lukis tanpa had.lukis saja apa yang dia nak lukis. dah hampir maghrib baru rasa nak pulang. tak puas lagi mata ini memandang ciptaan Sang Maha Pencipta. sungguh indah.sungguh tenang.sungguh hebat ciptaanNya. tiba-tiba,dapat berita seorang sahabat,sakit dia kembali lagi. baru rasanya tahun lepas buat entry untukn...

cerita kampung girl

huuuu..sudah lama tidak jejak kaki ke kampung sendiri. hampir berbulan-bulan rasanya. nasib baik jalan ke kampung ingat lagi. semalam,sebelum sampai,telefon cik su. cakap nak sampai dah ni..kesian cik su. baru keluar dari wad.anak kecil ada tiga orang. anak yang bongsu baru 3bulan.dengar sahaja aku mahu pulang ke kampung,terus dia semangat. semangat nak bagi buah pauh(mangga) kat pohon depan rumah tok. sekarang musim buah pauh berbuah.wahhh...tak sabar nak makan buah pauh yang masam. abah pun dah pesan nanti dah sampai kampung, jangan lupa minta buah pauh dengan cik su. yeayy..dapat jumpa dengan hadi yang nakal dan comel. haziq beria mahu jumpa dengan anak-anak cik su.yang baby tu,hanif. meriah la bila dapat jumpa.masing-masing tunjuk kepakaran masing-masing. membaca+membilang=akhirnya,tengok tv9 sambil berdiri.layan citer katun. ok.gambar ini tiada kaitan dengan kampung. sebab ni gambar kat rumah.sebelum balik kampung,alhamdulillah. selamat sudah majlis doa selamat dan solat hajat. le...