Skip to main content

Posts

cik cahaya,awak kena banyak bersabar

saya tak suka dia-saya tak suka dia-saya tak suka dia selalu sahaja mahu menutup kelemahan dirinya.dengan berkata,dia yang paling bagus,alim,baik.bagi saya,alim itu tidak perlu di tunjuk-tunjuk.hanya Allah sahaja yang mengetahui.tidak bermakna orang yang selalu mendengar lagu mat saleh tidak dapat masuk syurga.dan tidak menjamin seseorang itu yang mendengar lagu nasyid akan masuk ke syurga.ingat,bukan kita yang menetapkan siapa-siapa yang masuk syurga.hanya ALLAH sahaja yang berkuasa.dan jangan sekali-kali memandang rendah kepada orang lain.jangan anggap diri kita ini terlalu perfect.sebab setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. mungkin ALLAH mahu menguji kesabaran saya. harap dapat bertahan wahai cik cahaya.hanya beberapa hari sahaja. **saya,demam lagi.sudah 2 hari.tak larat nak pergi klinik.

now and forever,amiin ya Allah

assalamualaikum wbt.. entry khas buat sahabat saya- nur fatin azmina harap f dapat baca entry ini pada 2 Ogos 2010. f,aku tahu aku banyak buat salah kepadamu.aku bukan insan yang layak untuk menjadi sahabat yang boleh menjadi inspirasimu.jutaan kemaafan buatmu.setelah sekian lama kita berukhuwah,susah senang,tangis gembira,suka duka..aku tetap akan ingat sampai bila-bila.. walaupun kadang-kadang sikapku kepadamu membuatkanmu mengatakan aku lupa kepadamu.itu tidak sama sekali f..kadang-kadang aku juga berkongsi masalahku kepadamu.mungkin menjadi bebanan buatmu untuk memikirkannya.hanya doa dan ucapan syukur yang dapatku kirimkan pada setiap kali aku bersujud di tikar yang usang itu.senyuman yang menguntum di wajahmu setiap kali aku melihatmu,begitu tersirat sekali.hati aku selalu bertanya,adakah senyuman itu membawa erti sesuatu atau sekadar mahu menyenangkan hatiku tatkala aku berduka? sungguh manis sekali wahai sahabatku,f..pabila dirimu menyedari khilafku selama ini.nasihatmu,kata-...

annoying sangat

saya tak suka bila,kita berbudi bahasa dah kat orang tu,pastu orang tu pulak yang tak reti berbahasa.mungkin bahasa yang saya gunakan ini,dia tak faham kot.hmm..saya guna bahasa melayu sahaja.bukan bahasa arab,bahasa perancis pun. saya:..salam @#$#..boleh saya tahu,macam mana awak boleh bukak facebook?padahal kat sini kan dah kene block? @#$# : ohh,,tak tahu la..saya guna software ni. saya: ohh..software apa?boleh saya tahu nama software tu? suara saya agak perlahan.yelah dalam lab.lagipun kena cakap sopan santun la kan.. @#$#: ermm,tak tahu la..nama apa. lepas tu,dia sudah tak paling-paling lagi kat saya.walaupun dah banyak kali saya panggil.. huh..saya tak tahu la nak cakap apa lagi.kalau tak nak bagi tahu tu,bagi tahu je la senang. "SAYA TAK NAK BAGI TAHU KAT AWAK" haa..kan senang kalau cakap macam ni.tak perlu bayar pun kalau cakap macam tu. sangat annoying.menyampah pun ada. ...... saya mahu tambah sedikit di sini.. saya juga ada perasaan.janganlah tunjuk sangat kita t...

ama dan abah

Di kala ku kehilangan Di dalam kegelapan Kau suluhkan sinar petunjuk Di kala ku kesedihan Kau ukirkan senyuman Dengan penuh sabar me mujuk Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dun ia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu Di kala aku tak pasti Kau tampil dengan berani Membimbing agar lebih yakin Dan bila hidup penuh soalan Kau berikan jawapanMelengkap semua kekurangan Engkau menyambut tiapkali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu semekar cinta dari anakandamu, CahayaPetunjuk Bachelor of Muamalat Administration with Honours Islamic Science University of Malaysia...

kuatkan hati saya,ya Allah

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.Kini muncul pula bulan SYAABAN . Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa. Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Ha...

only have a "date", not yet meeting...

Elena must come to terms with her altered physicals state.even she can barely comprehend what she is now capable of. finding herself forced to travel to the Dark Dimension with Damon,Elena is secretly terrified of letting her long-disguised feelings for Damon run wild.for if Damon does lure her into becoming his dark princess,her new power might not be used for good... but i woke up a couple of hours ago for a few minutes to see the most beautiful sight in the world...a sunrise.pale pink and eerie green in the east,with night-time still full dark in the west.then deeper rose in the sky,and the trees all wreathed in dew clouds.then a shiny glory from the edge of the horizon and dark rose,cream and even a green melon colours in the sky.finally, a line of fire and in an instant all the colours change.the line becomes an arc,the western sky is deepest deepest blue,and then up comes the sun bringing warmth and light and colour to the green trees and the sky begins to become celestial blue.t...

terbit matahari,terbenam matahari

pagi-pagi sudah bersiap siaga mahu ke kelas.lebih kurang pukul 8 pagi,diri saya sudah berada di dalam kenderaan yang panjang dan terdapat nama tempat saya belajar di kenderaan itu.saya tak perlu risau lagi.sudah tentu saya akan sampai ke kampus dengan selamat,insyaAllah bila saya menaiki kenderaan itu.saya mendongak ke langit yang terbentang luas.tengok,matahari baru muncul dirinya.agak tersipu-sipu.sebab ada awan lindung mukanya.haha.matahari,matahari..tak payah nak malu-malu la dengan saya.saya okay je.haha..suka buat dialog dalam hati.pastu tersenyum sorang-sorang.hehe..w890i saya,senyap sahaja hari ini,.tidak seperti selalu.alhamdulillah,dia mengerti hati saya.lega, ya Allah.. hari ini,kelas yang pertama sekali dalam hidup saya kelas pada hari jumaat.ada 4 kelas semuanya.dari pukul9-7petang.selama ini kelas akan terberhenti pada hari khamis sahaja.sekarang,jadual sudah mula menunjukkan belangnya.belang macam harimau.haha..yelah,dah kalau kelas hari jumaat sampai pukul7 petang,maca...

bekerja siang malam

assalamualaikum wbt.. tetiba saya rasa kekok mahu bertaip dalam blog sendiri.follower sekarang sudah bertambah.alhamdulillah.secret follower blog ini pun sudah bertanya. bila lagi saya mahu update blog? bukan saya tidak mahu update.tapi hati saya berkata tidak mahu. bagi saya menulis ini amat susah.yelah,kena reka ayat.kalau salah,tak sedap pulak dibaca oleh orang.menulis ini juga dapat mencerminkan seseorang itu.jadi, tak payah la saya menghadap cermin di kamar saya.haha.cukup sekadar menghadap di blog ini. okay,tengok blog ini sekarang.dah cantik.boleh pergi keluar sekarang..huhu..jangan pergi lagi.sekarang saya sedang bekerja.bekerja untuk mencari nafkah.nafkah untuk diri sendiri.alah,belajar tak habis lagi.sudah berangan nak bekerja.huhu.bekerja untuk memantapkan diri serta memperkasakan lagi ilmu pengurusan dalam bidang perhotelan.wah,cuti yang diberikan oleh pihak universiti hanyalah satu minggu.tapi,dah mula dah saya sibukkan diri untuk mencari peluang pekerjaan. ikuti pengembar...

siapa dia?

sebelum di zoom.. selepas di zoom.. tapi tetap dia tak berpaling ke belakang.. kalau dia paling kat belakang..haaa.. baru kenal siapa dia kan? feeeewww..

rain + chocolate

nampak bahagia sahaja chocolate ini kan?..melompat sana sini.. pagi tadi lepas tutup buku,terus masuk dapur..lapar.makan la roti bersama jem. petang ni,hujan pulak..sahabat dalam handphone ajak makan. okay..saya buka lagi peti ais.tengok apa yang boleh dimakan. tingg!! ada daim terselit di tepi botol jus tok guru.. jus tok guru milik siapa? housemate punya.dia pemakan jus tok guru.bagus,bagus. nampak sihat sahaja beliau. haha.. hujan lebat lagi. ohh,nak minum white coffee,nescafe pulak.. nasib baik ada lagi satu paket. yeaayy..boleh minum.bersama biskut dan daim.. sangat yummy.. okay dah habis. hujan pun dah berhenti. azan pun berkumandang. merdu pulak suara budak tamhidi ni.huhu. okay,solat sekarang. *blog kakak saya hari ini ada gambar makanan jugak. eh,sama pulak dengan saya.,aisehh. penaja chocolate daim: sis solehah,kawan sis ejie and nad,my classmate

dapat anugerah lagi,yeayy..

arigato ne, buat ayu amirah ..sayang kamoo.. apa nama blog anda dan kenapa letak nama tu? ~ just wanna say~ sebab,ringkas dan bermakna. apa nama URL blog anda dan dari mana datangnya nama tu? http://garlichi.blogspot.com datang dari hati. apa method dalam penulisan anda? simple sahaja.tiada unsur yang berat dan sarat. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab muhasabnya? tidak pernah sama sekali.sebab blog ini barang peribadi saya. pernah ahli keluarga anda baca blog anda? ahli keluargalah yang meriahkan lagi suasana dalam blog saya.kadang-kadang blog ini bersuasanakan hari raya.sebab semua berkumpul untuk membaca blog ini tidak kira dimana jua berada.paling jauh,di new zealand,sis khadijah hilmun,thx akak..tidak lupa juga,sis ejie..bila lagi mahu pulang ke tanah air?..huhu apa perasaan and bila orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang kata blog anda cantik? sedih lorh.ingat senang ke nak buat blog cantik-cantik?..sebab kadang-kadang orang yang cakap itu tidak pernah pun sign up bl...

kembalikan aku dijalanMU..

Teg uhkan bahtera mu kerana lautan ya ng k amu harungi itu TERLALU dalam, perjalananmu masih jauh,ringankan belakangmu kerana yang didaki itu TERLALU CURAM, ikhlaskan hati mu kerana ALLAH S.W.T. Pohon mengeluarkan buah yang sentiasa memberi makan, rendangnya sebagai tempat berteduh,kuat untuk bertahan. KITA HARUS MENJADI SEORANG YANG BARU, BUANG SEGALA PAKAIAN YANG LAMA, JA DILAH DIRI KITA... YANG BARU BERPEGANG KEPADA POHON TAUHID, NESCAYA AKAN BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT.AMIN YA ALLAH

bowling dalam air

rancangan beria-ria mahu main bowling.tapi,tak jadi.sebab ada hal-hal yang berbangkit.macam kuih bangkit sahaja.pilihan yang paling bijak adalah pergi picnic di sekayu waterfall semalam. sekali lagi gambar-gambar di bawah ini khas buat abang saya, mohd firdaus serta wifenya,sis nadia. credit buat sis ejie,sony pinky banyak membantu. w890i saya simpan sahaja dalam poket.duduk diam-diam.titik. picnic kali ini,mee sup..macam tak sesuai,tapi sedap laa..no more rice okay?.. tengok,budak kecil itu tidak mahu ketinggalan.. 1st time nak mandi di waterfall tu..umur 4 tahun. papan tanda rasmi, wajib ambil gambar kat sini. nasib baik tak beratur kat depan papan tanda ni.. nampak macam kabus sahaja kat belakang tu.. sampai terbatuk fotografer.hukhukhuk...asap,asap.. okay,boleh terjun sekarang..hehe.. menjerit kakak saya panggil nama saya.mintak ambil gambar serangga tu.. nampak ke?.. jambatan yang tergantung diri sendiri.. boleh kutip,jual kat pasar tani..2kilo seringgit..murah,murah.. boleh buat ...

my 2 days journey to malacca

salam semua.cerita kali ini terpaksa di drafkan pada minggu lepas..sebab ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.hari ini baru boleh publish untuk tatapan umum.demi menjaga maruah.haha..tak adalah. sebelum saya sampai ke kampung saya,saya bagi tahu dahulu kepada classmate saya. "petang ni,saya nak balik kampung.sebarang discussion dan meeting harap boleh dibatalkan",saya bercakap macam membuat sidang media di dalam kelas.huhuh..padahal hari tu hari isnin.dan esoknya hari selasa.yelah,tak kan hari jumaat kot.kelas ASLP tiada pada hari keesokkan.sangat kebetulan.family dari terengganu mahu pulang ke kampung halaman di melaka. "eh,hidayah,awak nak balik terengganu ke?kan jauh tu.."tanya seorang rakan.mukanya berubah.pelik.sebab biasa saya balik terengganu pada hari minggu. "saya nak balik melaka,bumi bersejarah"balas saya dengan nada tenang.buat-buat tenang. ramai rupanya kawan-kawan saya tidak tahu ayah saya berasal dari negeri hang tuah itu. "haa...