Skip to main content

Posts

berminat?

Julung kali diadakan...Bakal mengejutkan anda semua...Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan...Hanya sekali sahaja pada tahun 2009...iLuvislam.com mempersembahkan...ESQ Training bersama iLuvislam.com...Dengan harga termurah di pasaran...Khas untuk mahasiswa yang menuntut di IPT di dalam dan luar negara...Serta mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara..Tempat amat-amat terhad...Jom daftar sekarang juga!!! 10 Sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com? 1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380. 2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda. 3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda! 4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang manta...

ikan di laut,asam di darat

salam perjuangan buat sahabat2 aku di bumi anbia'.. tengku,lynn,uppa,sumayyah,syu,huda,k.diah,tyah,enny,idah,aisyah karimah,nana.. ku tahu korang semua menunggu kdtgnku..especially tengku,lynn,tyah n uppa ..manusia hanya merancang,Allah Maha Menentukan.semangat ku utk ke sana utk mencari lebih byk ilmu Allah Yang Maha Pemurah utk hamba2Nya...saat ku dapat tawaran ke universiti islam sains malaysia(USIM),hatiku menjadi gundah gelana..'ohh..aku dpt usim la'..x penah sekali pun hatiku berkata sebelum ni aku layak masuk usim..itulah Allah Maha Mengetahui...sesudah ku solat istiqarah ,selalu keringat air mata ini mengalir...hampir tiap2 ari aku memikirkan kemanakah hala tujuku sebenar?..aku terpakse memilih yang mana satu tempatku menggali ilmu..mesir @ usim??Ya Allah,bagilah cahaya petunjukMu kepadaku.. Akhirnya,alhamdulillah aku yakin dimana mana sahaja ada ilmu Allah...melihat keadaan keluargaku yg memihak aku lebih baik blaja kat usim,insyAllah aku akan teruskan perjuangan...

Satu CPR,Satu Rumah

TERIMA KASIH BUAT mr.syahrul nizam dan seorang doktor yg byk membantu(x igt name die),telah memberiku ttg ilmu yang amat berharga hari ni..baru ku tau dimana letaknye jantung.hohoho...apa itu CPR?..Sile bace artikel di bwh ye..slmt membaca! KECEMASAN adalah satu keadaan yang berlaku di mana kebanyakan daripada kita tidak berada di dalam keadaan bersedia. Ia menyebabkan panik dan kadang-kala berlaku tindakan di luar kawalan yang mungkin boleh memudaratkan. Kecemasan yang paling menakutkan boleh berlaku di rumah kita apabila salah seorang daripada ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan mereka berhenti bernafas dan jantung tidak berdenyut. Mereka memerlukan satu bantuan kecemasan yang dipanggil pemulihan pernafasan dan jantung iaitu CPR (cardiopulmonary resuscitation). Ia juga menyahut cabaran yang pernah disuarakan oleh persatuan akademik profesional antarabangsa seperti Persatuan Jantung Amerika yang menyatakan bahawa cabaran terbesar adalah untuk menggalakkan oran...

sykrn sahabat!...tengku fathimah tengku hashim&nur amalina ramli

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian. Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabat...

doaku hanya padaMu

Ya Allah,Ya Latif,Ya Rahman,Ya Rahim sesungguhnya aku memohon kepadaMu, pilihkanlah bagiku mana yang baik bagiku menurut ilmuMu, dan aku mohon kepadaMu kekuatan dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang besar, kerana sesungguhnya Engkaulah yang sanggup sedang aku tiada sanggup. Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tiada mengetahui dan Engkaulah Yang Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, jika memang telah Engkau ketahui bahwa perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, serta berkatilah bagiku di dalamnya. Tetapi jika Engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusanku, maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkanlah pula aku daripadanya. Dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya, lalu jadikanlah hatiku meredhainya. wahai Allah, Engkau mengetahui rahsia hatiku, bersihkanlah ia, lembutkanlah ia kepada jalan-jalan kebaikan d...

...salam bahagia buat abg firdaus...

Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan Ayam dara di buat gulai Bungkus bekalan letak di bucu Riang gembira kedua mempelai Semoga berkekalan ke anak cucu Baulu kuih traditional Mangkuk timah penuh sarat Kalau dahulu tidak kenal Sekarang beramah semakin erat Ikan di laut asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua ~para pengapit pengantin~ “ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu berun...

kisah ibu kandung

Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain.. kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang.. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding. Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor. Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Taknak ! Taknak !” Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran. Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorka...

nabi Adam & Hawa

Setelah Allah menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintang yang bergemerlapan, dan menciptakan malaikat-malaikat-Nya, iaitu sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para Rasul dan Nabi-Nya, maka tibalah kehendak Allah untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya. Kekhuatiran Para Malaikat Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas, atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari....

mengukur sebuah cinta

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut: Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu: “Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).” Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa: “Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan ...

kerana sebiji EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan. Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan. Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pem...

percubaan mencuri jasad rasulullah S.A.W.

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hin...

luar biasa

alhamdulillah,kini baru ku dpt update blog ats ehsan laptop kak ejie.terima kasih kak ejie!!pc kat umah dh antar kat kilang utk dibaiki.bln 7 baru siap.perghh,lame sgt la nk baiki.rosaknyer cuma pc tu dipanah si kilat yg amat dasat dan x penah ku hadapi semasa aku duk umah.sbb tu xleh nk update blog pade bln mei ni..abg idoh aku asik2 perli aku je..yela2,aku terime la keperlian die tu.dh nk wat cene,pc dh rosak. walaupun dh masuk bln jun ari ni,tapi aku nk citer gak ape peristiwa penting utk bln mei. 1. 5/5/09 ~HAPPY BIRTHDAY KAK ATA~ semoga mendapat lembayung keberkatan daripada Allah,amiin. ~contoh hadiah utk kak ata~ 2. 6-9/5/09 ~TRAINING ESQ EKSEKUTIF,ANG KATAN 4,TERENGGANU~ pengalaman yg amat berharga dlm diri ini.menjadi sbg ATS(advanced training series) da n recharge utk kali pertama slps hadiri training esq pade thn 2007.hmm..lame sgt x recharge balik disebabkan exm spm n stam.alhamdulillah tahun 2009 Allah hadiahkan lagi satu peluang utk recharge kembali.pd mlm...

P.U.D.I.N.G.

pada hari buruh 1 mei 09,aku beria-ria nk g belajar wat puding di umah kak ros..dgn harapan dpt bagi sikit promotion bisnes gelang swrovski aku ni..alhamdulillah,sambutan hangat..tapi de sorang je tempah design ngn aku..hohoho..dak kecik lak tu..anak akak tu.berkenan nk gelang warne merah..so,aku pun ukur la berape la sgt inchi tangan dak tu..ok la,then kelas bermula..aku mmg fanatik sgt la ngn puding ni..sejak dari bangku sekolah menengah lagi la..suke sgt wat puding..kawan2 aku kat sekolah n hostel la jadi mangsa hasil kerje air tanganku wat puding ni...asal org tanyer je aku bwk kuih ape,mesti la aku jawab ngn tenang n sempoi..P.U.D.I.N.G...haha..pape la aku ni minat kat puding..nk kate ensem x la jugak..tapi aku suke buat puding la..x penat buat..syokk jer ble wat puding..ade dlu,mase aku g umah kawan baik aku kat kuantan,lynn namenyer..mase tu bulan pose,mak n adik2 kwn aku tu minat sgt makan puding..d atas permintaan mak n adik2 lynn,aku pun wat la puding buah mempelam..huiii..de...

huiiii...

sape pandai sebut nama tasik ni dgn LAJU DAN TEPAT? BOSTON: Pegawai pentadbiran kerajaan 'dengan malu' terpaksa mengaku papan tanda nama Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg di Massachusetts, nama paling panjang bagi sebuah tasik di wilayah itu, tersilap eja sejak bertahun-tahun lamanya. Kesilapan ejaan nama tasik mengandungi 45 huruf itu didedahkan akhbar tempatan Worcester Telegram & Gazette yang sudah mengesan kesilapan ejaan berkenaan sejak 2003. Akhbar itu melaporkan ejaan Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg adalah tepat manakala ejaan Chargoggagoggmanchaoggag-oggchaubunaguhgamaugg pada papan tanda itu salah kerana menggantikan u dengan o pada huruf ke-20 dan n dengan h pada huruf ke-38.

AL FATIHAH utk Allahyarhamah Tok Wan

Bissmillahhirahmanirahim. Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja, Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga...

..oh silver..

di pagi yang hening,terdengar suare abah separuh menjerit,"ohh..dh mati dh.."..sepantas kilat sandwich ditanganku terhempas begitu sahaje n aku berlari anak la jgk nk tgk pe terjd sampai abahku separa menjerit.."bakpe abah?,bakpe abah?"..abah aku terus jawab dh mati dh silver(kucing) ni..aku yang tercengang hampir2 ternganga mulut nih,haaaa..silver dh mati..huhuhukkkk..menitis jgk akhirnye titisan mutiara dari mata aku..abah cakap,mgkin kene patuk dek ular.. byk jgkla pengorbanan silver sepanjang hayatnya dikandung badan..penah jgk bunuh ular,tikus,cicak,katak dan hewan2 ezotik ni..yg paling sedey,silver sokmo temankan nenekku sepanjang hari..dari pagi sampai maghrib.mlm x leh la pulak die temankan nenekku sbb die kene duk kat luar umah.disini aku senaraikan nama2 kucing yang penah berkhidmat utk umah n fmlyku..calon2nya adalah(gaya mcm nk umum calon2 bintang popular) 1.tuti 2.dolly 3.puteh 4.tempang 5.pudar 6.tuni 7.kelabu(mak silver) 8.silver Dalam had...